SU Guan Eng perjelas isu ‘pertikai’ kerakyatan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah mempersoal dan mempertikaikan kerakyatan mana-mana warga Malaysia dalam ucap utamanya dalam konvensyen kedua Pakatan Rakyat kelmarin, kata setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan.

Merujuk kepada rencana Dr Novandri Hasan Basri di Utusan Malaysia hari ini, Cheong mendakwa pemimpin dan akhbar Umno itu sekali lagi bertindak jahat menabur fitnah terhadap Lim.

azlanDalam kenyataan hari ini, Cheong malah memetik kembali ucapan Lim dalam konvenyen di Pulau Pinang itu yang antaranya menyifatkan rakyat Malaysia yang sebenar adalah mereka yang mahukan masyarakat yang aman, tenteram, penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

“Yang bukan rakyat Malaysia sebenar adalah yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama, yang tamak haloba, di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya serta kaki fitnah dan tohmah.

“Kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini (rakyat) Malaysia celup atau pseudo-Malaysians,” demikian menurut Lim.

Cheong malah melampirkan ucapan penuh lebih tiga muka surat bagi membuktikan dakwaannya itu.

Dalam artikel berjudul “Guan Eng semakin bersikap perkauman”, Dr Novandri Hasan menimbulkan persoalan, apakah pembaca lebih 200,000 naskhah sehari Utusan boleh diperlekehkan sebagai bukan rakyat Malaysia tulen seperti tuduhan Lim?

Dr Novandri menulis, Lim membesarkan skop kebenciannya bukan sahaja melibatkan parti BN dan Umno, tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Dan sudah tentu kita tidak dapat lari daripada memikirkan bahawa Guan Eng semakin benci dengan kaum Melayu kerana orang Melayulah yang membaca Utusan Malaysia!” tulisan di ruangan pendapat itu dipetik.

Posted on December 21, 2010, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: