Hadapi blogger PEMFITNAH pro-Umno: Seru adakan solat hajat, dedah indentiti mereka setiap hari di alam siber

Koordinator Majlis Makan Malam Blogger bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Januari lalu, Tarmizi Mohd Jam menyeru semua ahli-ahli PAS, dan umat Islam dalam Pakatan Rakyat mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger PEMFITNAH pro-Umno yang bergentayangan di alam siber.
Seorang blogger PEMFITNAH pro-Umn, PAPAGOMO, antaranya kini sedang ligat memutarkan fitnah kononnya pertemuan blogger bersama Tuan Guru Nik Aziz Sabtu lalu, setiap blogger diberi RM500, laptop, broadband dan telefon mudah alih jenama Blackberry.

Terkini facebooker bernama “Suara Dari Bumi” yang terkenal dengan FITNAH JAHAT KEJAM nya memaparkan fitnah dengan mendakwa dalam facebooknya: “Normala tinggalkan suami lama, kejar Maarof kaya. DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina. Ingat pas ingat maksiat”.

Inilah taktik yang sama berulang-ulang dilakukan kepada semua calon-calon Pakatan Rakyat sebelum ini. Calon PAS di Galas dituduh berzina dengan ibunya sendiri, sebelum itu hangat ADUN PAS Selingsing dituduh berzina dalam gerabak keretapi. Semasa Pilihan Raya kecil Hulu Selangor Zaid Ibrahim dijatuhkan dengan isu arak.

Apabila melihatkan bahawa fitnah zina sebagai peluru yang cukup ampuh bagi para blogger dan facebooker di dalam menjatuhkan calon Pakatan Rakyat, kali ini, sekali lagi isu zina digunakan untuk menjatuhkan Puan Normala Sudirman, calon PAS DUN Tenang. Di bawah ini bukti Facebooker upahan sudah mula mencipta isu zina untuk menjatuhkan Calon PAS DUN Tenang [Facebook].

Mengulas lanjut, Tarmizi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berkata, semua blogger pro Pakatan Rakyat diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger PEMFITNAH pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.
“Blogger PEMFITNAH pro-Umno ini, diyakini bukan dari kalangan orang terdidik agama. Sebab itu tak takut langsung dengan fitnah. Tak ada pertimbangan dosa pahala. Mereka memang berani memfitnah. Seolah-olah tiada hari pembalasan untuk membicarakan apa yang mereka lakukan di atas muka bumi ini semasa hayat,” tegas Tarmizi.
Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan  yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger PEMFITNAH yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber. 
Tarmizi menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan menganjurkan solat hajat ini, kerana ia  lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam baru-baru ini, agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger PEMFITNAH pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Hotel Grand Seasons. Lebih 200 blogger pro Pakatan Rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuk Timbalan Menteri Besar dan Sepaker Dun.

Posted on January 20, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: