BN Kantoi : Muhyiddin minta MCA henti main isu salam

Muhyidin dah kantoi, baru tahu senjata makan tuan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu BN khususnya MCA mengekploitasi isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

Malah, Muhyiddin turut menegaskan bahawa beliau juga tidak mahu isu ini dipanjangkan kerana “ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan”.

“BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian kerana (beliau) mungkin (bertindak) atas sebab-sebab tertentu.

“Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala). Tetapi apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian,” katanya dalam satu sidang media di Tenang.

Muhyiddin mengulas mengenai isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau yang juga timbalan pengerusi BN sekali lagi menegaskan bahawa tidak mahu isu ini dipanjangkan kerana terdapat perkara lain yang perlu diutamakan dalam kempen pilihan raya berkenaan.

“Ada perkara yang lebih pokok yang patut kita lakukan untuk menjelaskan isu, (mengenai) apa komitmen kita untuk membantu rakyat dan pengundi di sini,” katanya.

Ditanya mengenai calon PAS yang mendakwa BN gagal memahamkan komponennya berhubung adab Islam berhubung wanita tidak dibenarkan bersalaman dengan lelaki, Muhyiddin berkata:

“Tak payahlah kita komen macam-macam. Yang pentingnya, kita tumpu kepada perkara-perkara lain. Itu yang lebih utama”.

Isu Interlok

Dalam sidang media yang sama, Muhyiddin berkata berharap semua pihak tidak mempolitikkan isu novel Interlok.

“Saya nak tanya di kalangan yang ada di sini, siapa yang baca (novel) Interlok? Saya baca… tak ada orang baca….Jadi saya nak jelaskan, kita (kerajaan) sudah putuskan kita ada formula yang boleh menyelesaikan masalah itu.

“Tadi saya dengan perdana menteri berbincang, pasal sebab dalam semangat BN, kita nak berbicara dengan pihak MIC. Saya percaya formula kita akan dikemukakan nanti, kita akan bincangkan secara mendalam dalam sehari dua (ini).

“Saya harap, apabila diputuskan nanti, perkara ini tidak menimbulkan apa-apa (masalah) kerana apa yang penting semangat kerjasama dalam BN,” katanya.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh berkata beliau optimis isu berkata novel tersebut boleh diselesaikan.

Posted on January 24, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: