Hasil Usaha Ahli Majlis dari PAS, Penduduk Dapat Lampu Di Taman Permainan

Penduduk Taman Century di Lorong Batu Uban 1 yang berada dalam lingkungan tadbir JKKK Batu Uban dapat menarik nafas lega setelah lebih dari 10 tahun permohonan mereka untuk mendapat lampu untuk menerangi padang permainan diabaikan oleh kerajaan BN sebelum ini.
Kini 4 batang lampu jalan bernilai RM6000 dari peruntukan Ahli Majlis MPPP yang diusahakan oleh En Iszuree Ibrahim telah dipasang ditaman permainan ini.Usaha ini juga adalah untuk mengatasi masalah jenayah yang sering juga belaku dikawasan perumahan ini yang sebelum ini gelap gulita.
Sebelum ini sebuah syarikat telah mengambil initiatif  membiayai sebuah generator untuk menerangi padang ini namun disebabkan masalah bunyi bising berpunca dari generator ini menyebabkan Suruhanjaya Tenaga mengambil tindakan untuk merampas generator ini setelah mendapat aduan dari penduduk sekitar.
Selain itu sebuah meja batu bersama 5 bangku batu telah juga diserahkan kepada penduduk taman ini untuk kegunaan di padang ini.
Pemasangan lampu dan pemberian meja batu ini dibuat pada sebelum Tahun baru cina baru baru ini pada 29/1/2011, yang juga merupakan satu hadiah kepada penduduk ditaman ini yang menyambut tahun baru cina.Saya ucapkan Kong Hi Fat Cai kepada kaum Tionghua yang merayakannya.
Sekian,
Iszuree Ibrahim
Ahli Majlis Mppp

Posted on February 13, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: