Anwar: PM datang selamatkan Taib

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata BN jelas tidak yakin dengan keupayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memberi kemenangan kepada gabungan tersebut.

Beliau berkata, ianya nampak jelas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Abdul Razak sendiri datang malam ini untuk berkempen sepanjang lima hari akan datang.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah Sarawak di mana pemimpin-pemimpin peringkat persekutuan datang untuk berkempen seperti sekarang, yang menurutnya, mencerminkan kegagalan kerajaan negeri.

Kehadiran perdana menteri, kata Anwar, menunjukkan BN percaya bahawa Taib tidak berkeupayaan untuk mendapatkan jaminan sokongan rakyat Sarawak untuk menyokong BN.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuching, beliau berkata, Najib juga membawa bersamanya sumber-sumber dari kementerian-kementerian pusat, dan ini memberi gambaran yang tidak baik terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ini adalah satu kesalahan,” katanya.

Najib akan tiba di Kuching bagi kali kedua sejak kempen bermula pada 6 April, dan hanya akan pulang Jumaat depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berada di Sarawak untuk kempen sejak beberapa hari lalu.

Dalam reaksinya terhadap dakwaan pembangkang itu, Najib berkata
lawatan kerapnya ke Sarawak bukan sesuatu yang luar biasa.

Katanya, beliau membuat lawatan tersebut atas rasa tanggungjawabnya sebagai pengerusi BN dan perdana menteri.

Bernama memetik Najib sebagai berkata petang ini bahawa “Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan mempunyai 71 kerusi negeri, dan ia mengambil masa berhari-hari untuk sampai ke kawasan berkenaan kerana jaraknya.

Anwar, yang mendapat sambutan ribuan hadirin di majlis-majlis yang dihadirinya di Sarawak, berkata kehadiran para pemimpin tinggi BN dalam pilihan raya negeri ini, hanya membuktikan yang gabungan itu berada dalam bahaya.

Posted on April 10, 2011, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: