PAS tuntut Hisham dan Rais mohon maaf

PAS hari ini menuntut dua orang menteri – Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Rais Yatim – supaya memohon maaf berhubung kenyataan mereka mengulas laporan media bahawa ada kumpulan Kristian merancang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.


NONENaib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar menuntut kedua-dua menteri itu memohon maaf “di atas kesengajaan mereka memberi respons yang tidak sewajarnya”.

Ahli parlimen PAS Pokok Sena itu menyifatkan kenyataan Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri, sebagai tidak wajar sama sekali.

“(Saya minta) Hishammuddin gantung (permit) Utusan Malaysia sebagai menunjukkan (tindakan) serius (kerajaan) kerana perkara-perkara yang dilaporkan sangat mengundang keadaaan yang tidak harmoni.

Utusan Malaysia harus diberi pengajaran. Bukan saya tidak mengamalkan kebebasan media, tetapi Utusan Malaysia sudah melampau, akan menyebabkan keadaaan huru-hara dalam negara kita. Walaupun gantung bukan dalam tempoh yang lama, tetapi ia sebagai hukuman,” katanya.

Akhbar milik Umno itu melaporkan di muka depannya Sabtu lepas mengenai satu blog pro-Umno yang mendakwa terdapat pakatan sulit dan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa satu perjumpaan antara pastor Kristian dan DAP di Pulau Pinang merancang pelantikan perdana menteri dari kalangan orang Kristian.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata Hishammuddin perlu menghentikan “provokasi perkauman” dengan menyayangi rakyat daripada “sayang kepada kerusi empuk” yang didudukinya.

Posted on May 10, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: