Jamilah dipilih Tokoh Guru Pasti Pulau Pinang

PERMATANG PAUH, 16 Mei: ‘Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu’ itulah ibarat yang boleh diberikan kepada tenaga pengajar dari Pasti Bandar Tasek Mutiara, Seberang Perai Selatan, Jamilah Sharif (kiri) apabila diisytiharkan Tokoh Guru Pasti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011 yang diadakan di Kompleks An Nadhoh, Penanti semalam.

Berbagai acara menarik diisi untuk meraikan 200 orang guru Pasti Pulau Pinang antaranya persembahan nasyid dari kumpulan ‘Qatrunada’ dari Kolej Islam Antarabangsa (KITAB) serta deklamasi sajak oleh Ahli Jawatankuasa Pasti Negeri, Shukri Tauzin dengan tajuk ‘Terima Kasih Wahai Guru’ dengan penuh penghayatan.

Program yang dirasmikan oleh Setiausaha Jabatan Pendidikan Pasti Malaysia, Rosli Suhaime turun menyampaikan anugerah guru paling lama berkhidmat dengan Pasti iaitu 20 tahun kepada Puan Misrojah Bakar yang mula bertugas di Pasti Lahar Minyak, Kepala Batas pada tahun 1989 serta beberapa orang guru cemerlang di peringkat kawasan antaranya ialah Aishah Othman, Azizah Haji Mat Nayan, Maheran Abu Bakar, Zafurah Hasan, Naemah Fadhil, Noranisah Zawawi, Siti Fatimah Kasim dan Siti Aishah Ishak.

Bagi ketogari pentadbiran terbaik Pasti pula kali ini jatuh kepada Pasti Kawasan Permatang Pauh ekoran cemerlang dalam usaha menjagai kebajikan guru, kursus perguruan, pendekatan pendidikan dan paling penting adalah perhubungan yang akrab antara guru dan pengurusan semata-mata memastikan pendidikan pelajar diutamakan.

Sambutan bertemakan ‘Guru Wahana Kemenangan Ummah’ walaupun sederhana tetapi meriah penuh dengan ikatan talisiratul rahim sesuai dengan pendekatan yang terjalin selama ini. 

Walaupun Guru Pasti bukan tinggi pendapatanya tetapi mempunyai semangat pengorbanan yang besar untuk melihat anak didik berjaya pada masa depan.

Guru umpama lilin yang membiarkan dirinya terbakar demi menerangkan orang lain bukan lagi kata-kata  hikmah sebaliknya satu tafsiran yang jelas kepada mereka yang memahami hati seorang guru.

Turut hadir meraikan guru Pasti Pulau Pinang ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah dan bekas Pengarah Pasti Negeri, Abdul Jalil Salleh.

Posted on May 21, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: