EPU : “Economic Plundering Unit’

Kenaikan tarif elektrik jelas mengkayakan kroni-kroni BN dan memiskinkan rakyat.
________________________________________________________________

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik. Kononnya TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.
Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.

 “Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial Facebook.
“Dengan fasal ambil-dan-bayar dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui. “Bagus EPU – Unit ‘Plundering’ Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu. Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.

Ani menimbulkan kegemparan 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif TNB kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA). Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, -semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

Posted on June 5, 2011, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: