PAS Bantu Taklimat Pemilihan Masjid

PERMATANG PAUH, 13 Jun: PAS Pulau Pinang akan membantu kerajaan negeri memastikan taklimat yang tepat dan betul kepada akar umbi mengikut semangat yang ada dalam Tatacara Pemilihan Qariah sebelum tarikh pemilihan pada 18 Jun ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusof Raw…a pada sidang media khas berhubung perkara itu berkata, PAS sedaya upaya menggerakkan aktiviti penerangan itu kepada 200 masjid yang ada di Pulau Pinang supaya anak qariah lebih memahami kaedah baru yang menjurus kepada matlamat menyelamatkan institusi masjid daripada kongkongan politik pihak tertentu.

“PAS Pulau Pinang kesal terhadap Umno yang secara tidak bertanggungjawab menimbulkan berbagai provokasi dan sekaligus menggugat proses kerajaan negeri untuk menyatukan umat Islam melalui pemilihan jawatankuasa masjid yang lebih telus. Kami akan membantu memberikan taklimat ke akar umbi supaya umat Islam tidak keliru dengan dakyah jahat,” jelasnya.

Katanya, bagi menghilangkan pengaruh politik kepartian, maka Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengikuti pendekatan yang dipakai sebelumnya kerana ia tidak telus, banyak masjid tidak mengadakan mesyuarat agung, tiada laporan aktiviti, kunci kira-kira dan tiada notis pemberitahuan kepada anak qariah tentang pemilihan jawatankuasa qariah baru.

Akibatnya, kata beliau masjid menjadi lesu dan tidak bermaya maka Kerajaan Pakatan Rakyat berhasrat melibatkan ahli qariah dalam menentukan perjalanan dan pengurusan masjid di Pulau Pinang.

Beliau berkata, ia dibuat dengan telus apabila notis dibuat awal dan pengisytiharan calon untuk jawatan pengerusi sehingga pemeriksa kira-kira seramai 15 orang.

Walaupun baru mendapat peluang menentukan jawatankuasa qariah, Kerajaan Pakatan Rakyat cuba untuk membuat perubaan sedikit demi sedikit untuk mengimbangi keperluan mengikut peruntukan Jawatankuasa Qariah dan Pegawai Masjid Negeri pindaan 2003.

“Kenapa Umno cuba kaitkan perkara yang tidak releven seperti mengatakan DAP campurtangan terhadap pemilihan Jawatankuasa sedangkan ia mengikut saluran betul mengikut kaedah Jawatankuasa qariah dan Pegawai Masjid Masjid Negeri Pindaan 2003.

“Lagipun semuanya melalui peruntukan yang ada dalam enakmen pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang Seksyen 104 (10)(b), ” katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Posted on June 13, 2011, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. salam,

    yang dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.
    kita baru nak bagi taklimat orang dah buat perancangan yg lebih hebat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: