BERSIH Lebih Hebat Dari Perkasa dan Pemuda UMNO

oleh Tuan Sayuthi Omar : http://msomelayu.blogspot.com/

MALAYSIA negara ajaib, sesuatu boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Perubahan lebih cepat dari anak ayam hendak keluar dari telornya. Anak ayam mengambil masa 21 hari untuk keluar dari cengkeran telor. Tetapi di Malaysia sekelip mata sahaja keptusan boleh berubah. Inilah standard negaraku Malaysia.

Tidak sampai seminggu Menteri Dalam Negeri (KDN) mengisytharkan Bersih sebagai pertubuhan haram. Polis pun macam tak sempat pakai kain terus ambil gari pergi gari sekalian orang yang menggerak Bersih sampai ustaz kampung sangkut baju warna kuning di sasak kedai kopi pun ditangkap dan diheret ke mahkamah. Kenapa, sebab Bersih pertubuhan haram.

Haram tak haram Bersih hampir diletakkan sama dengan komunis?

Semua orang yang sihat akal akan jadi hendak ketawa. Hj Lu V juga akan ketawa, terkeh keh… Tiba-tiba sahaja Bersih yang haram dan hitam legam itu sudah menjadi putih kembali. Hari ini perdana menteri yang sebelum ini menerima pengsiytharan haram juga bersedia untuk berjumpa Bersih. Tidakkah ini dikatakan pelik, bin ganjil anak lelaki menghariankan?

Kalau Bersih haram kenapa Perdana Menteri sedia untuk menemuinya? Itulah saya katakan keadaan di Malaysia ini boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Apabila Najib sedia jumpa bermakna Bersih sebuah pertubuhan yang ada kelas, yang tidak boleh ditolak begitu saja. Bersih jauh lebih bersih dari Perkasa(m) atau Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada jawatan kerajaan.

Bagaimana pun polis nampaknya masih lagi menerima dan berpegang kepada pengistyharan haram itu. Kerana… kalau mereka juga sudah membatalkan pengharaman itu mereka akan melepas semua tahanan yang diremen dan menghentikan operasi menangkap baju kuning, kerja yang tidak sedikit pun patriotik.

Nasib baik saya tidak jadi timbalan ketua polis negara. Kalau saya jadi timbalan ketua polis negara saya sudah lepaskan jawatan hari ini juga. Malu saya kalau nasihat dan tunjuk ajar kita tiba-tiba dibatalkan dalam sekelip mata sahaja. Barangkali sebab itulah saya tidak menjadi timbalan ketua polis dan hanya jadi penulis biasa.

Jadi sekarang pertubuhan atau kumpulan mana yang haram. Pada saya yang haram kini ialah Perkasa(m) dan Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada batu pelir. Kalau mereka tidak haram tentu mereka yang dipanggil menghadap atau meminta menghadap Agong supaya hapuskan Bersih. Tetapi kerana mereka haram maka mereka kini diam seribut bahasa. Kalau berani pergilah menghadap Agong dan minta Bersih terus dibersihkan.

Ternyata jelas antara Ambiga dengan Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menantu Abdullah Badawi, jauh lebih baik dan intelegen Ambiga. Perjuangan menggunakan akal berlandaskan ruang perlembagaan dan undang-undang lebih tulen dari perjuangan yang menganggakan mulut atau melilit kain mereka di kepala.

Posted on July 5, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. saya keliru bagaimana satu ‘acara’ dikelaskan sebagai satu ‘pertubuhan’. pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar telah bersepakat untuk mengadakan acara gotong-royong dan sebagai isyarat keseragaman, tiap-tiap ahli persatuan menyelempangkan tuala ‘good morning’ di bahu masing-masing. pihak berkuasa yang cerdik dan gagah lantas mengisytiharkan ‘acara’ gotong-royong tersebut sebagai ‘pertubuhan’ haram. kesemua tuala telah dirampas, termasuklah tuala di ampaian mak long yang tiada kena mengena langsung dengan rashid maidin ataupun chin peng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: