Pulau Pinang kesan 237 nama misteri dalam daftar pemilih SPR

Sebanyak 237 nama misteri lagi mencurigakan dikesan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di Pulau Pinang, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) PAS Ustaz Rosidi Husein

Menurut beliau, jabatannya mula mengesan penyelewengan yang didakwa wujud dalam daftar pemilih berkenaan sejak sebulan yang lalu.

“Kita syak ada usaha pihak tertentu memasukan nama-nama yang tidak dikenali dalam senarai pemilih yang baru.

“Apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng terdapatnya pertambahan pengundi yang mendadak di Pulau Pinang sah dan betul, ” tegasnya dipetik dari Harakahdaily.

Perkara mencurigakan yang dimaksudkan termasuk seorang penama mempunyai dua kad pengenalan baru dan lama dengan nombor kad pengenalan yang berbeza.

Selain itu, beliau berkata ada penama mempunyai dua kad pengenalan dengan dua nombor yang hampir sama.

Tidak cukup dengan itu, jabatannya turut mengesan penama mempunyai kad lebih dari satu kad pengenalan dengan tarikh lahir berbeza sehari dalam kad-kad pengenalan berkenaan.

Peribadi berkenaan mempunyai dua alamat yang berbeza pada kad-kad pengenalan.

Ujarnya lagi, beberapa warganegara yang telah pun meninggal dunia, tetapi kad pengenalan mereka masih tidak dihapuskan, dipercayai boleh diseleweng pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Justeru, beliau mempersoal tindak tanduk Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengaku bahawa tidak ada penyelewengan dalam sistem pilihan raya negara seperti yang didedah banyak pihak, termasuk Pakatan Rakyat.

“Jika begini sikap SPR siapa pun tidak mempercayai SPR yang dilihat bertindak menyebelahi BN untuk memastikan BN kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke 13 nanti, ” tegas beliau.

Beliau turut mengarahkan semua pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) supaya membuat semakan daftar pemilih serta bantahan langsung jika menemui pelbagai lagi penyelewengan selepas ini.

Posted on August 9, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: