Tahniah Dewan Pemuda PAS Batu Kawan Pulau Pinang

Dewan Pemuda PAS Kwsn (DPPK) Batu Kawan telah disahkan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dgn nombor
pendaftaran:

PPM/PPG.26/52-9183

PPP/PPG.26/52-247

Ini bermakna, DPPK Bt Kawan layak & boleh menjadi perwakilan rasmi dalam muktamar Dewan PemudaPAS Negeri & Dewan Pemuda PAS Malaysia yang akan datang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS.

Sehubungan itu, seperti yg diarahkan oleh Setiausaha Agung PAS, DPPK Bt Kawan diminta utk mengadakan Mesyuarat Agung Khas bagi mengesahkan minit mesyuarat penaja & memilih serta melantik EXCO  DPPK Bt Kawan utk sesi ini dalam tempoh 90 hari dari tarikh kelulusan
pendaftaran oleh ROS.

DPPN P.Pinang mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kpd DPPK Batu Kawan atas kejayaan ini.

DPPN P.Pinang turut menyasarkan pd sesi ini untuk mendaftarkan DPPK Bukit Bendera yang  masih berstatus penaja dgn ROS, disamping 2 lagi DPPK iaitu DPPK Bukit Gelugor & DPPK Tanjung dalam tempoh akan datang.

Anggaplah ianya merupakan satu langkah mula ke arah kemenangan seperti yang dijanjikan  Allah kpd pejuang & penggerak gerakan Islam di atas muka bumi ini  sekaligus diharapkan sebagai satu lonjakan yang baru utk seluruh kepimpinan & ahli PAS Batu Kawan khususnya pemuda.
Ianya turut memberi tamparan yang kuat kpd UMNO & BN yang walaupun setiap detik & saat menghentam, memberi tekanan, fitnah, kezaliman & lain-lain bentuk tindakan jahat serta salah guna kuasa ke atas PAS, tetapi penubuhan DPPK Batu Kawan ini membuktikan bahawa perjuangan PAS & Pakatan Rakyat tetap gagah & utuh serta diterima dengan baik oleh segenap lapisan masyarakat & rakyat.

Ayuh semua, inilah masanya untuk kita “Memimpin Kebangkitan Anak Muda”!!!

(Tuan SU BPPN, minta panjangkan pd YDP & SU PAS Kwsn Batu Kawan).

Terima kasih.

Salam hormat;

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN

SETIAUSAHA DPPN P.Pinang.

Posted on August 15, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: