Masih Ada Tak Kena Dengan Daftar Pemilih : Pemuda PAS Pulau Pinang

GEORGETOWN – Seramai 13,114 pengundi yang didaftarkan di Pulau Pinang didapati pemegang mykad yang mempunyai kod bernombor 71 yang mana Jabatan Pendaftaran Negara sendiri tidak dapat mengesan negara asal mereka.

Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, berdasarkan sistem dalaman yang diproses dari daftar pemilih yang diberikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) milik parti itu mendapati, ada jumlah pengundi yang ‘tidak kena’ dalam senarai berkenaan.

“Setelah diselidik, kita mendapati beberapa kesangsian yang ada dalam daftar pemilih iaitu kewujudan warga luar iaitu yang lahir di luar negara tetapi didaftarkan sebagai pengundi di Pulau Pinang.

“Sehingga 31 Disember 2010, terdapat seramai 760,956 pengundi di negeri ini dan daripada jumlah ini, wujud 14,575 pengundi yang lahir di luar negara tetapi mendaftarkan sebagai pengundi di sini.

“Jumlah 14,575 ini jika mengikut statistik, ia adalah keempat tertinggi di dalam senarai pengundi di Malaysia sedangkan ada negeri-negeri lain yang mempunyai pengundi yang lahir di Malaysia mempunyai jumlah yang kecil berbanding pengundi yang lahir di luar Malaysia. Oleh itu, ia menjadi satu keraguan dan tanda tanya berhubung jumlah pengundi ini,” katanya kepada media di pejabat Ketua Menteri, semalam.

Menurutnya, pendedahan itu bukan satu tuduhan namun hanya meragui jumlah yang boleh dikatakan tinggi jika dibandingkan dengan jumlah pengundi dari negeri lain selain memegang mykad yang mempunyai kod nombor yang tiada dalam senarai JPN.

Afnan berkata, sehingga Disember 2010, seramai 12,948 memegang mykad yang mempunyai kod bernombor 71 yang mana ia tiada di dalam senarai JPN.

“Kod 71 tiada dalam senarai JPN dan berdasarkan kod yang diberikan JPN, nombor 71 tiada di dalam senarai jabatan itu. Terkini iaitu dari April hingga Jun 2011, seramai 166 pengundi di daftarkan memegang kad pengenalan bernombor kod 71 menjadikan jumlah keseluruhan ialah 13,114 orang.

“Jumlah ini tidak boleh dikesan oleh JPN serta SPR dari mana mereka datang, negara asal mereka. Apa yang kita bimbang, kemungkinan besar ini usaha-usaha pihak tertentu untuk jatuhkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang serta memanipulasi pilihan raya dengan memasukkan warga asing ke dalam senarai pengundi,” katanya.

Menurutnya, apa yang membimbangkan Pas, seperti yang didedahkan JPN sebelum ini, seramai 72,334 warga asing yang memohon untuk menjadi warganegara Malaysia yang mana daripada jumlah itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah meluluskan 29,290 permohonan.

“Persoalannya sekarang, mengapa begitu ramai diberikan kerakyatan negara ini yang melayakkan mereka mengundi pada masa depan,” katanya.

Posted on August 21, 2011, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Senarai pemilih untuk tentera dan polis perlu disemak semula. Pada tahun 2004 terdapat senarai pemilih tentera dan polis memperolehi 3 pemilih untuk seorang anggota. Misalan anggota tentera T 1098998 mendapat 3 kertas undi iaitu anggota 1098998, T1098998 dan T01098998. Ini sama juga kepada polis misalan I 234556 mempunyai daftar pemilih 234556, I 234556 dan I0234556. kejadian ini kecil tapi berlaku dahulu. Kita perlu perbaiki dan jangan salahkan orang lain kerana ia telah berlaku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: