Penafian DPPN P.Pinang berkaitan laporan Utusan Online.

Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang yg berlangsung pd Sabtu 20/8/2011 memutuskan bahawa DPPN P.Pinang dengan tegas menafikan bahawa himpunan yang dilaporkan dalam Utusan Online (seperti petikan di bawah ini) dianjurkan oleh DPPN P.Pinang.

Perlu dijelaskan bahawa Ust Hafiz Nordin yang dilaporkan mengetuai himpunan ini adalah bekas Ketua DPPN P.Pinang & tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan DPPN P.Pinang. Oleh itu, segala pandangan, komen, pendapat atau himpunan yang beliau anjurkan adalah mewakili dirinya sendiri & NGO yang dipimpinnya, bukan mewakili pendirian & pandangan DPPN P.Pinang.

Walaubagaimanapun, DPPN P.Pinang sangat menghargai pandangan & pendirian beliau serta turut mengalu-alukan sebarang pendapat dari mana-mana pihak dalam usaha untuk membela & menjunjung martabat Islam.

Dalam isu gereja-JAIS ini, DPPN P.Pinang menyokong penuh langkah pimpinan PAS Pusat untuk mendapatkan penjelasan dari kedua-dua belah pihak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rumusan @ ketetapan. DPPN P.Pinang juga tidak menolak kemungkinan isu ini sengaja direka, diupah & dilakonkan oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk menimbulkan sentimen keagamaan yang negatif bagi mengalih sokongan rakyat yang kian ketara kepada PAS & Pakatan Rakyat.

DPPN P.Pinang menasihatkan agar pihak Utusan lebih cermat & berhati-hati dalam melaporkan sebarang berita kepada umum serta tidak mengaitkan mana-mana pihak secara semberono membuta-tuli tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang sahih & soleh dari pihak yang sepatutnya.

Ingatlah bahawa pemberita & wartawan juga akan disoal & dibalas oleh Allah akan kerja buat mereka akhirat kelak.

“Memimpin Kebangkitan Anak Muda”

Salam hormat;

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN

——————————————————————————————–

PULAU PINANG 12 Ogos – Dewan Pemuda Pas negeri hari ini melahirkan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

 Kira-kira 20 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan parti itu.

 Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri berkata, saranan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentang di Parlimen sewajarnya dipercepatkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

 “Isu agama tidak boleh dipermainkan oleh pihak tertentu selain tidak boleh dipropagandakan walaupun ada dakwaan mengatakan ia sekadar bantuan untuk diberikan kepada golongan Islam.

 “Jika benar hendak bantu, mengapa perlu buat majlis itu di gereja? Banyak lagi tempat boleh dibuat. Oleh itu, saya lihat isu ini ada agendanya sendiri iaitu ingin memurtadkan orang Islam,” katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan.

 Isu memurtadkan orang Islam itu timbul selepas JAIS membuat pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

 Bagaimanapun, insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pas sendiri.

 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menyatakan pendirian sebenar parti itu dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

Posted on August 22, 2011, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: