Pemuda PAS: Guan Eng bukti pemimpin jiwa besar

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Dewan Pemuda PAS memuji tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat negeri itu.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata, permohonan maaf itu dibuat berikutan kenyataan beliau yang telah disalah lapor oleh media arus perdana kawalan Umno-BN sehingga dikatakan telah menyinggung perasaan Sultan Johor.

“Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS menyifatkan kesediaan Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka telah menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang berjiwa besar dan terbuka untuk menerima teguran dan kritikan walaupun beliaulah yang telah difitnah dalam kes ini.

“Lim Guan Eng tidak perlu berasa malu atas permohonan maaf tersebut kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, malahan pihak media arus perdana yang menjadi ‘tunggangan’ Umno-BN yang perlu bertanggungjawab di atas salah laporan merekalah yang telah menyebabkan terguris perasaan Tuanku Sultan Johor,” kata Mohd Sany dalam satu kenyataan.

Katanya, Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan supaya pimpinan BN yang diketuai oleh Umno mencontohi sikap Lim (gambar) yang sanggup untuk memohon maaf walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan dengan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan pimpinan Pakatan Rakyat di atas segala kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan oleh mereka selama ini.

Semalam, Lim memohon maaf kepada Sultan Johor kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.

Lim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor. Pun begitu kata Lim, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.

Lim berkata beliau merasakan bahawa dirinya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh BN.

“Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat,” katanya.

Posted on October 1, 2011, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: