Pakatan sedia RM1,000 kepada warga emas

“Belanjawan yang adil dan saksama untuk semua

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu perbentangan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat menjelaskan selaras dengan tema ‘Kesejahteraan Untuk Semua’, Pakatan Rakyat (PR) sentiasa memandang tinggi dengan apa yang telah disumbangkan oleh golongan warga emas sejak sekian lama.

Beliau mengatakan PR akan melaksanakan bantuan-bantuan untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

“Kepada golongan warga emas kerajaan PR akan melaksanakan bayaran bonus sebanyak seribu ringgit setahun kepada mereka yang layak berdasarkan pendapatan kurang dari lapan belas ribu setahun.

“Ia dijangka akan menelan belanja sebanyak RM1.7 bilion setahun dan ia difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang,” jelasnya.

Tambah Anwar lagi, selain seribu ringgit kepada warga emas PR juga akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak seribu ringgit kepada mereka yang layak dan ini akan mengurangkan bebanan keluarga serta mengalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Melalui bayaran kepada suri rumah sebanyak RM2 bilion diperuntukan,” tambahnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

PR juga memperuntukan sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini dan ia dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.

Dalam pada itu tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia terus sampai kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan disekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu.

Anwar menjelaskan penghapusan ini termasuklah subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan.

“PR juga akan menyediakan bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550 dan ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.

“Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diselaraskan kepada RM550 sebulan dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan,” katanya lagi.

Anwar yang membentangkan Belanjawan 2012 PR di Bilik Taklimat Parlimen itu menjelaskan realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa tapi hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.

Jelasnya golongan mahakaya ‘super rich’ membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pence dan pendapatan mereka semakin mengecil.

“Golongan rakyat terpaksa mengikat perut sedangkan golongan mahakaya ini seronok meancong dan membeli belah beg-beg tangan dan cincin permata,” selorohnya lagi.

Potong elaun PM RM10b

Dalam pembentangan itu dalam usaha menjamin kelangsungan kewangan negara juga mensasarkan pemotongan belanjawaan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion.

Katanya, pemotongan itu dapat mengembalikan peruntukan tersebut kepada kementerian-kementerian lain.

“Melalui pemotongan ini, peruntukan tersebut akan dikembalikan kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan dapat mengurangkan kecenderungan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri.

“Dalam pada sasaran juga diletakkan dalam mengekang desifit yang drastik iaitu pada kadar 4.4 peratus bagi tahun 2012 berbanding sasaran-sasaran yang dilihat menyimpang sebelum ini,” jelasnya di parlimen hari ini.

Tambah Anwar lagi, selain itu juga walaupun keuntungan Petronas dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat kenaikna harga minyak mentah, kadar  dividen dari Petronas akan diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja iaitu RM4 bilion lebih rendah dari yang di amalkan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Ini bertujuan untuk memastikan Petronas mempunyai sumber yang mencukupo untuk berkembang serta menjamin masa depan negara.

“Usaha untuk meningkatkan pertambahan pendapatan negara, PR akan melaksanakan penjualan lesen import (AP) melalui proses lelongan dengan jangkaan pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion,” katanya.

Dalam pada itu konsep tender terbuka juga akan dilaksanakan oleh PR dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu-Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit.

Kementerian Pertahanan juga akan diperkasakan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara dengan menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata.

Anwar memberitahu PR juga meletakkan tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara.

“Kelangsungan kewangan dan defisit bukan hanya menegaskan persoalan melebarkan jaringan percukaian, ia perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu.

“Mengembalikan hidup sama rata, PR akan mengembalika cukai-cukai eksais dan duti yang telah dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah,” sambungnya lagi.

PR berharap melalui pengembalian cukai tersebut maka soal kewangan negara dapat diperkemaskan kembali.

Posted on October 4, 2011, in pakatan rakyat, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: