PAS cadang turun kadar faedah kad kredit ke 10% setahun, kata pemuda P.Pinang

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menurunkan kadar faedah maksimum kad kredit dari 17.5 peratus pada 10 peratus setahun bagi mengelakkan lebih ramai lagi golongan belia muflis.

Demikian cadangan Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (LPAS DPPN PNG) sebagai reaksi pada data Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) iaitu kira-kira 45,000 belia muflis sejak tiga tahun lalu.
“Kira-kira (purata) 41 belia muflis setiap hari. Kalau boleh, turunkan kadar faedah maksimum ke 10 peratus setahun atau kurang dari 1 peratus sebulan kerana mereka yang muflis kebanyakannya sebab tidak dapat membayar hutang kad kreadit,” ujar timbalan pengerusinya Dzulfahmi Abu Bakar (gambar atas) petang tadi.
Bagaimanapun beliau berkata golongan yang terbabit perlu mengubah budaya hidup bermewah-mewah dengan berhutang menggunakan kad kreadit.

“Gaji RM1,500 sudah melayakkan orang muda untuk memiliki kad kreadit. Tapi, kalau berbelanja ala-ala isteri perdana menteri (secara mewah), hutang (menggunakan kad kreadit) RM150,000 pun tidak cukup sebulan,” ujarnya.

Pun begitu, beliau berkata tujuan asal kad kreadit diperkenalkan adalah baik, iaitu memudahkan proses jual beli.

“Kad kredit tak salah. Yang salah kita, berhutang lebih RM30,000 hingga boleh diisytiharkan muflis di mahkamah sebab tak mampu bayar balik,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan, kadar faedah kad kreadit sejak dua tahun lepas diturunkan antara 2 peratus sehingga 1 peratus sebulan menjadi 18 peratus setahun.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia bersetuju mengenakan caj 17.5 peratus setahun atau 1.45 peratus sebulan berkuatkuasa sejak 31 Mac 2009.

Kadar itu, menurut sumber, adalah terendah jika dibandingkan dengan negara-negara Asia lain.

Menganggap isu belia muflis sebagai masalah utama pengundi muda sekarang, beliau berharap Pakatan Rakyat dapat mengumumkan suatu komitmen yang realistik dan bersepadu sempena pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal hujung tahun ini

Posted on October 22, 2011, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: