P.Pinang ‘kecil-kecil cili padi’ – Salleh Man

Rekod kejayaan Pulau Pinang tidak ubah bak “kecil-kecil cili padi” berbanding negeri-negeri lain, kata Datuk Salleh Man (atas, kopiah puteh).

Adun Permatang Pasir itu berkata demikian berdasarkan kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai penyumbang tertinggi pelaburan asing langsung (FDI) berbanding negeri-negeri lain.

“Ia adalah umpama ‘kecil-kecil cili padi’ kerana adalah sesuatu yang mengkagumkan melihat (kerajaan negeri) Pulau Pinang yang hanya mewakili enam peratus dari penduduk Malaysia telah memberi sumbangan FDI sebanyak 36 peratus dari keseluruhan FDI Malaysia.
“Sekali lagi Pulau Pinang menduduki tempat teratas dari segi FDI debfab 22.7 peratus daripada jumlah pelaburan negara,” ujarnya pada sesi perbahasan Bajet 2012 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Georgetown.

Kewibawaan Pulau Pinang, katanya, turut diakui sendiri oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang antara lain menyebut sejumlah RM4.6 bilion pelaburan telahpun diluluskan melalui 56 buah projek dalam tempoh Januari hingga Julai tahun depan.

Justeru beliau berkata, “tidak mungkin Barisan Nasional khususnya Umno (mampu) merebut kembali pemerintahan ini dari Pakatan Rakyat…jika adapun, ia sekadar mimpi di siang hari.”

Posted on November 2, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: