PAS sokong piket MTUC di Perai – Pemuda

PAS Pulau Pinang hari ini menyokong inisiatif Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melancarkan piket pada 5 petang ini di perkarangan Pearl View Hotel, Seberang Perai Tengah.

Wakil Dewan Pemuda PAS negeri, Dzulfahmi Abu Bakar (gambar) berkata pihaknya akan berusaha mobilisasi rakyat sebagai tanda sokongan pada membantah cadangan pindaan kepada Akta Pekerjaan yang diluluskan di Dewan Rakyat bulan lepas yang boleh menjejaskan keselamatan pekerjaan dan hak-hak pekerja.

“Setakat ini, SMS (sistem pesanan ringkas) telahpun kita sebarkan. Semoga usaha murni MTUC memperjuangkan kebajikan pekerja berjalan lancar tanpa gangguan polis,” ujarnya yang juga timbalan pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (LPAS DPPN PNG).

3 Oktober lepas, lebih 100 pertubuhan MTUC sebulat suara untuk mengadakan piket di 18 lokasi di seluruh negara.


Tempat berkenaan adalah di Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Persiaran Kuala Selangor, Teluk Panglima Garang, Jalan Barat Petaling Jaya, Bukit Raja Klang, Rawang/Sungai Choh di Selangor, Pulau Pinang (Hadapan Pearl View Hotel, Prai), Melaka (Jalan Bukit Beruang Air Keroh), Negeri Sembilan (Padang Majlis Perbandaraan Seremban).

Di Perak (Hadapan bangunan MTUC, Ipoh), Pahang (Padang Masjid Negeri, Kuantan), Kelantan (hadapan Kota Baharu Trade Centre), Johor (hadapan MasjidJamek Kampung Pasir, Batu 5 Jalan Skudai), Kuala Lumpur (hadapan bangunan KWSP Jalan Raja Laut), Sabah (hadapan Tang Dynasty hotel dan Centre Point Kota Kinabalu), Kedah (hadapan Sime Tyre International, Mergong) dan Sarawak (hadapan Bangunan Sultan Iskandar, Kuching).

Keputusan terbesar pertubuhan gabungan itu membabitkan 390 daripada 692 kesatuan yang berdaftar di negara ini, yang mewakili 802323 ahli.

Presidennya Khalid Atan dalam satu kenyataan media sebelum ini berkata, “Kami telah memutuskan untuk mengadakan piket untuk meluahkan rasa tidak puas hati kami dengan tindakan terutama yang bergerak Manusia Sumber Kementerian ini untuk terus dengan bacaan yang kedua pindaan walaupun kami telah menghantar surat kepada menteri untuk penangguhan kerajaan.”

MTUC telah menghantar surat meminta penangguhan pindaan kepada menteri, Datuk Dr S. Subramaniam pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) pada 3 Oktober, satu jam sebelum piket di luar Parlimen.

Kali terakhir MTUC diadakan piket di seluruh negara adalah pada tahun 2007 berhubung isu gaji minimum di sektor swasta.

Langkah terbaru ini dijangka memberi kesan berantai di kalangan pekerja ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada hujung tahun ini. -END

Posted on November 3, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: