Auku: Dun P.Pinang sokong keputusan Mahkamah

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang semalam meluluskan usul menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Usul di bawah perkara 30 yang dibentangkan Adun Penanti, Datuk Mansor Othman kepada sidang Dun semalam itu antara lain menyatakan perkara berikut:

“Menyambut baik ketetapan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen (15(5) AUKU adalah tidak berperlembagaan.

“Mendesak Kerajaan Persekutuan BN supaya tidak membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

“Menegaskan pendirian untuk menyokong dan berdiri bersama-sama dengan mahasiswa-mahasiswi seluruh negara menuntut AUKU dimansuhkan,” ujar beliau di sini.

Menurut beliau yang dihubungi Harakahdaily kemudiannya menjelaskan usul tersebut dikemukakan sebagai bukti kerajaan negeri bersetuju bahawa AUKU 1971 adalah bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasan bersuara.

“Empat orang pelajar Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dituduh dibawah AUKU dengan tuduhan seperti berikut: ” “membawa dan memiliki CD, risalah berunsur sokongan atau simpati dengan atau bangkangan terhadap parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan itu” .

“Mereka telah turun ke Pilihanraya Kecil Hulu Selangor untuk mempratikkan ilmu sains politik yang dipelajari di universiti,” jelasnya.

Menurutnya, Seksyen 15 (5) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya lagi oleh yang demikian keputusan Mahkamah Rayuan tersebut telah mengembalikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘Supreme Law of the Federation’ dan mana-mana peruntukan undang-undang, Akta, atau undang-undang kecil yang bercanggah dengannya harus terbatal ‘Void’ setakat mana yang bercanggah.

“Adalah tepat dan bersesuaian dengan Undang-undang tertinggi di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 5 (1) telah secara jelas menyatakan bahawa tidak ada mana orang di dalam Negara ini boleh di ancam nyawanya atau di halang hak-hak kebebesannya ‘personal liberty’,” sambungnya lagi.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I, turut memuji keberanian Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Hakim Linton Albert yang secara majoriti 2-1 telah membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM4).

“Kita mengharapkan agar lebih ramai hakim-hakim yang berani seperti mereka demi mengangkat kebebasan institusi kehakiman Malaysia selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law),” beritahu beliau lagi.

Posted on November 5, 2011, in Pulau Pinang and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: