Tolak pendaftaran , Bukti Pakatan Rakyat punya kekuatan untuk singkir BN

Saya ingin menyatakan bahawa tindakan ROS (Registrar Of Societies) menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan nama tersebut sebagai satu entiti politik adalah satu tindakan yang tidak patut berlaku dan saya membantah tindakan pilih kasih dan tidak demokratik itu.
Saya katakan begitu kerana Pakatan Rakyat telah mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah disediakan oleh kerajaan, sepatutnya hasrat tersebut disambut baik bukannya ditolak mentah-mentah.
Prestasi yang baik yang ditunjukkan oleh semua negeri yang diperintah oleh gabungan 3 parti PAS, PKR dan DAP sepatutnya menjadi alasan yang kuat kepada ROS untuk meluluskan pendafaran Pakatan Rakyat.
Selain itu sebelum ini telah banyak parti politik baru yang diluluskan pendaftarannya walaupun belum ada rekod pentadbiran seperti Pakatan Rakyat. Permohonan merekalah yang sepatutnya ditolak.
Kerana itu saya ingin menasihati penjawat awam yang terlibat supaya cubalah terapkan dan buktikan bahawa diri mereka ada nilai profesional, janganlah terlalu memandang bahawa kerajaan pusat Umno-BN sebagai segalanya, kerana ini bakal mengundang pandangan negatif kepada badan kerajaan.
Sudahlah jentera kerajaan yang lain selama ini diperkuda BN bagi menjaga kepentingan BN dan telah mendapat persepsi buruk dari kalangan rakyat Malaysia. Sekali ini ROS menambahkan lagi senarai tersebut.
Dari segi fakta, Pakatan Rakyat telah tertubuh dengan kata sepakat dari ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP sejak tiga tahun lalu, apakah alasannya lagi? Malah parti KITA dalam masa dua bulan sahaja telah diluluskn permohonannya oleh ROS.
Saya amat yakin, gagalnya Pakatan Rakyat berdaftar adalah keputusan yang ditentukan oleh Umno-BN yang amat khuatir jika Pakatan didaftar dan bergerak secara rasmi sebagai satu entiti politik, impaknya bakal menghancurkan BN.
Bagi saya kebimbangan kepada persaingan sistem dua parti dalam menentukan masa depan politik negara adalah faktor utama pendaftaran Pakatan Rakyat di tolak. Kerana ini saya merasakan penolakan pendaftaran Pakatan Rakyat adalah bukti sebenar bahawa Pakatan Rakyat punya kekuatan untuk menyingkirkan BN dalam PRU ke 13.
Perlulah diingatkan bahawa penolakan kepada pendaftaran Pakatan Rakyat tidak akan meredakan gelombang penolakan rakyat terhadap BN. Kami akan pastikan BN dihukum setelah sekian lama khianat kepada amanah yang diberikan oleh rakyat lebih 50 tahun.
Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 4 Nov 2011

Posted on November 5, 2011, in pakatan rakyat and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: