PAS : Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.

azlanDalam perutusan Aidiladha yang disiarkan diHarakahdaily, Abdul Hadi berkata, pada zaman ini sudah menjadi terbalik apabila pemimpin Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.

“Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan di zaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

“Malanglah di zaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah,” katanya.

Aidiladha katanya, mengingatkan umat Islam tentang pengorbanan nabi-nabi terdahulu menegakkan agama Allah sehingga sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keselesaan dunia.


azlanSebagai contoh, katanya, Nabi Ibrahim berkorban dengan meninggalkan anak dan isterinya di kawasan yang kering. Begitu juga dengan Nabi Musa yang meninggalkan istana Firaun yang mewah manakala Nabi Muhammad SAW pula meninggalkan tanah air tercinta untuk menegakkan syariat Allah.

“InsyaAllah dengan kesedaran yang sama-sama kita bina sempena hari raya ini, akan membuahkan hasil yang baik kepada diri, masyarakat dan negara ini ke arah melahirkan negara yang sejahtera dan adil untuk semua dengan cara mematuhi perintah Allah dalam semua perkara,” katanya.

 

Posted on November 6, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: