Almarhum Kamarulzaman Abdullah : Pejuang Rakyat

Coretan di bawah adalah nukilan senior Almarhum Kamarulzaman Abdullah semasa beliau belajar di USM. Beliau merupakan YDP Persatuan Mahasiswa Islam USM 2000 dan Presiden Gabungan Mahasiswan Islam SeMelaysia (GAMIS) 2001

Kamarulzaman Abdullah juga merupakan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru 2005-2008 dan merupakan mantan Setiausaha Agung Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dari 2007-2008. Semoga Allah merahmati roh beliau dan menempatkannya di kalangan roh para syuhada’.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga balu beliau Puan Farahwahida tabah untuk meneruskan hidup bersama anak tunggal Allahyarham Ahmad Muidzuddin

Ketika coretan ini dilakarkan, jenazah adindaku yang disayangi Kamarulzaman Abdullah baru sahaja dikebumikan. Adikku pergi menemui Ilahi setelah kemalangan awal dinihari tadi di Jalan Kuala Krai – Gua Musang dekat Paloh. Allahyarham dalam perjalan pulang dari Parlimen setelah mewakili rakyat Kelantan menyerahkan dokumen Amanat Tun Razak kepada Perdana Menteri untuk menuntut royalti petroleum yang menjadi hak rakyat Kelantan.

Pada kami, beliau pergi sebagai pejuang, gugurnya adalah syahid. Beliau begitu istiqamah dalam menggerakkan perjuangan rakyat Kelantan menuntut hak mereka yang dinafikan kerajaan persekutuan. Semalam beliau menemani Datuk Paduka Husam Musa untuk menyerah surat dan dokumen hansard parlimen yang bertarikh 12 November 1975 yang membuktikan bahawa rakyat Kelantan berhak mendapat royalti daripada petroleum yang kaut daripada bumi mereka.

Wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berdoa di pusara Al Marhum

Hansard tersebut secara jelas menunjukkan Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Tun Abdul Razak mengakui bahawa tiap-tiap negeri akan memperolehi lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan pengairan (onshore) atau di luar pengairan (offshore) negeri tersebut. Kebetulan Perdana Menteri pada masa ini adalah anak Tun Razak, maka beliau dan rombongan Kelantan bercadang menyerahkan dokumen amanah tersebut kepada Perdana Menteri supaya beliau menyedari ada amanah dan wasiat penting daripada ayahanda yang sedang beliau khianati.

Walaupun dokumen tersebut hanya diterima oleh Datuk Seri Mohamed Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Perdana Menteri, namun adikku yang disayangi telah menyelesaikan kerja beliau. Beliau telah menyelesaikan amanah dan harapan sebahagian besar rakyat kelantan untuk terus memperjuangkan hak dan keadilan untuk mereka. Dalam perjalanan pulang itulah beliau kemalangan dan dijemput pulang oleh Allah. Bagi kami, perjuangannya adalah mulia dan perginya juga mulia. Beliau gugur sebagai syuhada di medan perjuangan. Moga ruhnya diterima oleh Allah dalam kalangan syuhada, insyaAllah.

Mutakhir ini Allahyarham sangat obses dengan perjuangan menuntut royalti yang dinafikan tersebut. Sehingga saat terakhir, gambar profil dalam facebook beliau memaparkan keratan akhbar lama yang memaparkan laporan berita yang menunjukkan petroleum dijumpai di bumi Kelantan. SMS, email dan berita daripada beliau mutakhir ini juga berkaitan perihal tersebut. Begitulah tekad, azam dan cita-cita almarhum terhadap perjuangan suci menuntut hak yang dizalimi.

Namun kini beliau telah pergi. Pergi untuk selama-lamanya. Yang tinggal hanyalah timbunan pusara yang sunyi dan nesan yang kaku. Yang tinggal untuk kami hanyalah kenangan indah perjuangan yang pernah diharungi bersama. Yang tinggal untuk kami hanyalah sebak di dada dan kesedihan yang mencengkam jiwa.

Kami redha dengan kematian beliau. Pemergiannya sudah disurat dan sudah ditakdirkan. Namun perlu diingat, beliau pergi sewaktu dalam urusan perjuangan menuntut hak yang dizalimi. Beliau pergi dengan hasrat dan cita-cita perjuangan yang belum selesai. Apakah pengorbanan ini tiada nilai pada rakyat Kelantan?

Kalau masih ada secebis kasih kepada beliau, rakyat Kelantan perlu menjadikan kematian ini sebagai titik mula untuk mengobarkan seluruh semangat yang ada bagi memperjuangkan tuntutan royalti petroleum kepada Kelantan. Sekurang-kurangnya pemergian ini akan mencetuskan semangat baru untuk memperjuangkan hak yang dinafikan.

Kematian pemuda yang bernama Muhammad Bouazizi telah mencetuskan revolusi sehingga menjatuhkan kerajaan diktator Tunisia. Muhammad Bouazizi hanyalah seorang pemuda penjual sayur. Namun pengorbanannya dihargai oleh rakyat Tunisia. Kematian beliau dijadikan titik mula untuk perjuangan menuntut keadilan dan memperjuangkan keadilan yang ditindas. Akhirnya kezaliman di Tunisia berjaya diruntuhkan.

Kematian pemuda yang bernama Khalid di Mesir juga mencetuskan semangat perjuangan yang membara sehingga berjaya menjatuhkan kerajaan diktator Husni Mubarak. Beliau hanya merakamkan video polis rasuah, akibatnya beliau dipukul oleh polis sehingga mati. Namun kematiannya dihargai secukupnya oleh rakyat Mesir. Kematian ini dijadikan semangat untuk mencetuskan perjuangan besar, yang akhirnya berjaya meruntuhkan kerajaan yang zalim.

Kamarulzaman Abdullah juga insan kecil. Namun Allahyarham berada pada landasan kukuh untuk memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan. Beliau gugur dalam perjuangan tersebut. Kami orang-orang yang dekat dengan beliau redha dengan ketentuan ini. Namun kematian beliau perlu dihargai secukupnya. Rakyat Kelantan perlu bangkit sepenuhnya untuk menuntut hak yang dinafikan tersebut. Sekurang-kurangnya itulah tanda kasih kepada beliau.

Nukilan : Ibnu Ibrahim MY

Posted on November 13, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: