Di mana dana George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO?

Wai Aik ditemuramah oleh Sabri Harakah

Sekiranya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan dana Unesco untuk memulihara George Town sebagai Tapak Warisan Dunia, penarik beca Pulau Pinang mungkin terus dibantu untuk meningkatkan pendapatan sendiri selain mereputasi sektor pelancongan negeri.

Demikian respons Ng Wai Aik, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai insiden liar Persatuan Pribumi Perkasa Malayasia atau Perkasa bantah P.Pinang sedia bas percuma.

UNESCO pada 7 Julai 2008 mengumumkan pemberian RM25 juta kepada kerajaan pusat kerana George Town dan Melaka dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia.

“Kalau dapat (peruntukan UNESCO), kita akan bantu (kaum penarik beca). kalau tak dapat pun (peruntukan UNESCO), kita akan mencari jalan untuk membantu mereka.

“Jika tiada perkhidmatan bas percuma pun, orang awam dan pekerja tetap akan naik bas berbayar. Mereka tidak akan naik beca dari jeti ke tempat kerja di Komtar kerana kosnya lebih tinggi dari menaiki bas awam.

“Pelancong asing selalunya memilih untuk naik beca walaupun saya dimaklumkan harganya agak tinggi kerana mereka mahu menikmati keindahan Tapak Warisan Dunia di George Town ini,” ujar beliau dalam satu keraian di Penaga.

Wai Aik yang juga Adun Komtar bagaimanapun berkata, kerajaan negeri pada tahun lepas pernah berusaha menaik taraf kaum penarik beca dengan meprojek pengindahan beca, pemberian baju dan payung beca secara seragam untuk mengangkat profesyen mereka yang berkenaan sebagai ikon pelancongan negeri.

Melaka menerima peruntukan pusat kerana negeri berkenaan selepas kekal di bawah Barisan Nasional. Pulau Pinang menyaksikan kerajaan negeri berpindah tangan pada Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Hansard Dewan Rakyat pada 26 Oktober 2009 mendedahkan, pentadbiran Najib menyalurkan RM30 juta kepada Melaka.

Difahamkan, peruntukan itu antara lain digunakan untuk mengangkat martabat penarik beca sebagai ikon pelancongan di negeri berkenaan sebagaimana yang dilihat sekarang.

Pun begitu, hansard sama turut mendedahkan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan antara lain menyebut, “adalah tidak adil Melaka disalurkan RM30 juta sedangkan tidak ada sesen pun diperuntukkan kepada George Town (apa)bila ia mengharumkan bukan sahaja Pulau Pinang tetapi juga Malaysia di pentas antarabangsa.”

Sumber tidak rasmi mendedahkan, Khazanah Nasional Berhad negeri menguruskan dana Unesco berkenaan dengan disalurkan pada beberapa syarikat berkaitan kerajaan pusat (GLC) untuk memperbaiki bangunan warisan milik persendirian.

Sumber turut mendedahkan, peruntukan Unesco tersebut turut tidak diagihkan untuk memartabatkan kaum penarik beca Pulau Pinang.

“Pulau Pinang melalui Khazanah terima duit (daripada kerajaan pusat) dan salur pada GLC untuk pemilik bangunan persendirian, tidak pada projek awam. Mana boleh,” ujar Wai Aik.

Posted on November 14, 2011, in Pulau Pinang and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: