PENYEBAB MAUT!

Ustaz Afnan Hamimi

 

PENYEBAB MAUT!

Perjalanan perjuangan ini kadangkala terhenti disebabkan halangan-halangan dalam perjalanan; tayar pancit, jalan rosak, lampu isyarat merah, minyak habis dll. Juga disebabkan kecuaian kita memandu, sehingga terbabas & boleh membawa kepada maut.

Walau apa pun yg terhalang & dihalang, perjalanan ini tetap wajib diteruskan sehingga sampai ke destinasi/matlamat.

Kalau kita maut?


Usah khuatir, kerana maut jenis itu tinggi nilainya disisi الله & mahal harganya disisi manusia.

Usah juga bimbang kerana akan pasti ada org lain yg memandu perjuangan itu hingga sampai tempat tujunya.

Tetapi jika kita memandunya dengan niat utk memberi maut kpd perjuangan, ingatlah bahawa ianya adalah satu kesalahan yang BESAR & pemandu seperti ini diberi amaran oleh الله bahawa dia pasti akan TERSINGKIR & LENYAP dari landasan perjuangan!

Gerunlah kita dengan amaran dari Pencipta Perjuangan:-

“وقل جاء الحق وزهق الباطل ان الباطل كان زهوقا”

Dan katakanlah (Muhammad), bahawa kebenaran itu akan pasti datang, dan KEBATILAN ITU AKAN LENYAP. Kerana sesungguhnya KEBATILAN ITU (sifatnya) AKAN LENYAP / BINASA / TIDAK KEKAL.
الاءسراء : ٨١

Kepada diriku & teman-teman yang sedang gundah-gulana & gusar dengan apa yang menimpa perjalanan perjuangan kini, serta kepada ‘musuh’ yang sedang berpesta, YAKIN & AWASILAH kita dengan JANJI رسول الله صلى االه عليه وسلم ini:-

“لا تزال طاءفة من امتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خالفهم حتى ياءتي امر الله”

“PASTI AKAN SENTIASA ADA segolongan dari umatku yg akan bangkit memperjuangkan kebenaran. Mereka TIDAK AKAN DAPAT DIGUGAT oleh musuh yg memerangi mereka, sehingga datang ketetapan Allah (kiamat). رواه مسلم

AWAS, JANGAN KITA YANG MENYEBABKAN PERJUANGAN INI MAUT!!!

Afnan Hamimi b Taib Azamudden
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang

Posted on December 21, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. SYABAS!! Mudah2an yang berkenaan & semua ahli jemaah membaca pandangan tuan yg bernas ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: