Pemuda PAS Santuni Remaja Malam Tahun Baru

 

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) telah mengadakan program JOM Sayangi Remaja pada malam 21/12/2011 iaitu malam sambutan tahun baru 2012 bertempat di RnR Bagan.

Program telah dimulakan dengan solat maghrib dan Isyak secara berjemaah di padang rumput berdekatan RnR diikuti dengan tazkirah ringkas oleh al fadhil Ustaz Hafizullah, Pengerusi Lajnah Dakwah Penerangan DPPPNPP.

Program kemudian diteruskan dengan mengedarkan risalah dakwah kepada para pengunjung yang hadir. Sebanyak lebih 3000 risalah yang mengandungi maklumat mengenai masalah kebejatan sosial remaja di negara ini telah diedarkan bagi memberi kesedaran kepada para hadirin tentang masalah-masalah yang berkaitan remaja yang berlaku di negara ini.

Program kemudiannya telah diteruskan dengan konsert jalanan yang dipersembahkan oleh kumpulan Malapetaka. Kumpulan tersebut telah mendendangkan beberapa lagu seperti Andai ku Tahu dendangan Kumpulan Ungu dan Alam Barzakh dendangan Kumpulan Wings. Persembahan nyanyian diselitkan dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Yusni Mat Piah, Ustaz Hasbul Ridzan dan Ustaz Zulzalee.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa awal tahun dan laungan takbir dari hadirin yang hadir.

Semoga usaha yang kecil ini dapat membantu para remaja kita yang telah tersasar dari landasan agama untuk kembali ke jalan yang benar.

Posted on January 1, 2012, in dakwah and tagged , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Tahniah DPPNPP.Usaha ini semoga dapat mendekatkan diri mereka kepada gerakan islam.Gelangang muda dan remaja ini begitu luas.ALternatif yang diberikan InsyaAllah dapat membuka mata dan telinga mereka kembali menhayati Islam sebagai panduan hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: