RAKYAT PULAU PINANG AMAL POLITIK CERDIK

Mohamad Sabu ketika bertemu Mansor
GEORGETOWN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang lebih terkenal dengan Mat Sabu, optimis Pulau Pinang kekal ditadbir Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihanraya Umum Ke-13.Ini berdasarkan pembudayaan politik cerdik yang mula diamalkan rakyat di negeri ini selepas melihat kecemerlangan pemerintahan PR diketuai DAP sebaik mengambil-alih tampuk pentadbiran daripada kerajaan terdahulu bermula 2008.

“Asas kerajaan negeri diterima rakyat ialah pentadbiran yang berkualiti, cekap dan mengutamakan rakyat dalam soal kebajikan.

“Itu yang diamalkan kerajaan PR di Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sejak 2008 lalu, yang mula menambat hati rakyat seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, di pejabatnya, di sini.

Mohamad, berkata pendekatan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi dasar pentadbiran Pulau Pinang berjaya merubah set minda rakyat agar boleh berfikir di luar kotak tanpa perlu dikongkong dengan sayembara lapuk kerajaan terdahulu.

Kemesraan terpamer pada wajah Mohamad dan Mansor

Menurutnya, turut menambah rencah kecemerlangan itu ialah setiap wakil rakyat PR akan terus membantu semua kaum di kawasan yang diwakili sekali gus menolak fitnah pihak berkaitan yang mendakwa hanya kaum tertentu diberi keutamaan.

“Tiada layanan istimewa ditumpukan kepada hanya satu kaum sebaliknya dengan azam (Lim) Guan Eng yang mahu mengikut jejak Khalifah Umar Abdul Aziz, ia memperkukuhkan pentadbiran negeri yang mengambil berat setiap kebajikan rakyat pelbagai kaum.

“Dengan usaha bersungguh-sungguh, memberi perkhidmatan cemerlang, saya tidak fikir rakyat Pulau Pinang akan beralih kepada kerajaan lain selain kerajaan negeri sedia ada,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mansor, berkata pentadbiran kerajaan negeri sudah memberikan perkhidmatan terbaik melalui program yang bermanfaat kepada rakyat Pulau Pinang.

“Kita wujudkan skim bantuan warga emas, anak emas dan orang kelainan upaya. Kita dalam perancangan untuk membabitkan lebih banyak lapisan rakyat yang kurang berkemampuan dalam program kebajikan untuk mereka.

“Pada akhirnya, rakyat Pulau Pinang sendiri dapat membezakan kelainan pentadbiran PR yang menjaga kebajikan mereka. Justeru, kita akan terus memberikan perkhidmatan paling cemerlang untuk mereka tanpa mengetepikan aspek kebajikan,” katanya.

Posted on January 30, 2012, in Pulau Pinang. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: