Kadir dah keluar Umno: Ku Li bakal menyusul?

 

Umno terus menerima kejutan apabila pemimpin veterannya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan keluar parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” kata bekas menteri perangan itu dalam satu kenyataan media ringkas.

Abdul Kadir menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang – selama 56 tahun. Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu. Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang mana Tengku Razaleigh hamzah adalah pengerusinya.

Abdul Kadir dan keluarganya merupakan satu nama p[olitik yang besar dalam politik negeri Kedah. Beliau adalah abang kepada Datuk Musa Sheikh Fadzir iaitu Ketua Umno Bukit Mertajam dan Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang pernah menjadi ADUN Kuala Ketil.

 

sumber : Penangdaily.com

Posted on March 19, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: