PAS pakar demonstrasi, jamin Bersih 3.0 aman

sumber : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 April: PAS meletakkan objektif ‘aman’ dalam setiap himpunan yang dianjurkan dan disertai.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, PAS sangat berpengalaman dalam menganjurkan dan mengawal perhimpunan tanpa menyebabkan kacau bilau.

“PAS bersama Pakatan Rakyat bukan sekali menganjurkan dan menyertai perhimpunan tapi kita sangat berpengalaman dan berkepakaran dalam perkara ini.

“Objektif utama kita dalam setiap perhimpunan ialah keamanan,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa peserta ‘Duduk Bantah’ mesti memastikan perhimpunan tidak menyusahkan orang ramai.

Nasrudin juga berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berniat membuat huru-hara, mereka tidak akan menuntut penambahbaikan pilihan raya.

“Bersih 3.0 merupakan kemuncak kepada tuntutan reformasi pilihan raya.

“Kalau kita mahu mencetuskan huru-hara, kita tak akan tuntut reformasi pilihan raya. Tapi kita menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Itu termasuk dalam demokrasi,” katanya.

Beliau memberi jaminan ‘Duduk Bantah’ kan berlangsung aman sekiranya tiada sebarang provokasi daripada pihak polis dan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Seperti himpunan Mansuhkan PTPTN anjuran mahasiswa, ia berjalan aman sebab tiada siap mengganggu,” katanya.

Justeru katanya, pemuda PAS akan bertemu dengan pihak polis beberapa hari sebelum ‘Duduk Bantah’ bagi meminta kerjasama mereka.

“Beberapa hari sebelum perhimpunan pada 28 April, pemuda akan bertemu dengan pihak polis meminta mereka menjaga keamanan,” katanya.

Posted on April 16, 2012, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: