ISU PERLANTIKAN PENGERUSI BN P.PINANG BARU, TENG CHANG YEOW

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang

ISU PERLANTIKAN PENGERUSI BN P.PINANG BARU, TENG CHANG YEOW.

Perlantikan Sdr Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN P.Pinang yang baru menggantikan YB. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menunjukkan bahawa BN P.Pinang selama ini dalam keadaan lemah serta mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat apabila mereka dihukum & ditolak rakyat dalam PRU12 yang lalu.

Ia juga menunjukkan BN menerima tamparan hebat apabila Kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang terbukti mampu memerintah beratus kali kali ganda lebih baik dari pemerintahan BN sebelum ini yang penuh dengan penyelewengan & salah guna kuasa.

Ibarat dalam keadaan berperang, tiba-tiba musuh menukar ketua @ panglima mereka & mengubah strategi, ia menunjukkan bahawa strategi & taktik lawan mereka berjaya memberi kesan kpd mereka hingga menyebabkan strategi perlu diubah bagi mengatasi lawan.

Dalam masa yang sama, DPPN P.Pinang mengajak semua rakan-rakan Pakatan Rakyat agar berwaspada & berhati-hati dengan segala tindak-tanduk serta tipu helah BN, serta tidak boleh memandang rendah kepada keupayaan mereka.

Kerajaan PR yang ada harus terus dipertahankan. Semua petugas parti wajib terus mempertingkatkan usaha & menggerakkan jentera semaksima mungkin bagi menambah bilangan kerusi yang dimenangi serta mempertahankan kerusi yang sedia ada, sebagai usaha untuk mengukuhkan PAS & Pakatan Rakyat terutamanya di P.Pinang.

Walau siapapun yang mengetuai BN, lawan tetap lawan!

Sekian, terima kasih.

Afnan Hamimi Taib Azamudden
Setiausaha DPPN P.Pinang

Posted on April 26, 2012, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: