Guna otak atau dikebumikan, kata PAS pada PERKASA

Sumber : Malaysiakini

Afnan Hamimi

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam tindakan PERKASA mengadakan upacara pengebumian simbolik di hadapan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam.

Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata PERKASA sepatutnya mempertahankan hak-hak Melayu tetapi tindakan ahli-ahlinya itu tidak mencerminkan budaya atau kesopanan masyarakat tersebut.

Afnan berkata tindakan PERKASA itu telah ‘dinyalakan api perkauman’
yang bertentangan dengan semangat perlembagaan persekutuan dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Oleh itu, kata beliau, pihaknya ingin menasihatkan ahli PERKASA supaya menggunakan otak dan bertindak secara rasional bagi mencerminkan identiti dan tingkah laku Melayu Muslim yang sebenarnya.

Jika tidak, tambahnya, PERKASA akan dikebumikan oleh rakyat.

Afnan merujuk kepada tindakan kira-kira 30 ahli PERKASA yang muncul di rumah Lim di Jalan Pinhorn dan di pejabat kerajaan negeri di Komtar untuk membantah kepimpinan Lim di Pulau Pinang sejak 2008.

Mereka mengadakan “upacara pengebumian” di depan rumah Lim sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan “kematiannya” kepada masyarakat Melayu.

sumber : Malaysiakini

————————————————————————————————-

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang

ISU TINDAKAN BIADAB PERKASA ‘MENGEBUMIKAN’ YAB KETUA MENTERI P.PINANG

Merujuk kepada laporan portal Malaysiakini pada 10/5/2012 yang menyiarkan laporan tentang ‘Upacara Pengebumian’ Depan Rumah Guan Eng oleh PERKASA, kami Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berpendirian seperti berikut:-

1. Mengecam & mengutuk tindakan biadab tidak bertamadun oleh PERKASA yang kononnya membela Melayu tetapi langsung tidak mencerminkan budaya & akhlak kesopanan Melayu.

2. Tindakan ini juga dengan jelas telah memainkan api perkauman yang sangat bertentangan dengan semangat perlembagaan & bercanggah dengan ajaran Islam.

3. Mempersoalkan tindakan PERKASA yang berdemonstrasi tanpa sebarang tindakan pencegahan oleh pihak polis. PERKASA juga dilaporkan mengotorkan jalan-jalan dengan poster gambar Lim Guan Eng & menjejaskan lalu-lintas. Ini menunjukkan sikap double-standard polis berbanding layanan zalim yang diberikan kepada peserta himpunan aman BERSIH3.0 sebelum ini.

4. Mencabar pihak-pihak yang memberi fatwa bahawa demonstrasi BERSIH 3.0 sebelum ini sebagai haram, bagaimana pula fatwa mengenai tindakan jahat PERKASA yang tidak mencerminkan adab Melayu & akhlak Islam ini? Jangan jadi ulama kerajaan yang hanya memberikan fatwa mengikut telunjuk pemerintah!

5. Jika rumah seorang Ketua Kerajaan Negeri yang dilantik secara sah oleh rakyat, begitu mudah untuk dilakukan provokasi seperti yang PERKASA lakukan ini tanpa sebarang kawalan keselamatan & tindakan pencegahan pihak keselamatan, apa jaminan yang boleh pihak keselamatan berikan kepada rumah-rumah rakyat biasa yang sentiasa hidup dalam suasana ketakutan kesan dari kadar jenayah yang makin parah kini?

6. Apakah sebenarnya matlamat perjuangan PERKASA ini? Adakah PERKASA ditubuhkan untuk memainkan sentimen & api perkauman yang merbahaya di Malaysia ini? Adakah PERKASA mempunyai niat jahat untuk menghidupkan semula peristiwa hitam 13 Mei 1969?

Maka, Dewan Pemuda PAS P.Pinang berpendirian bahawa jika benar PERKASA ditubuhkan untuk memainkan sentimen perkauman & merosakkan perpaduan kaum di Malaysia ini, kerajaan UMNO/BN wajib mengambil tindakan mengharamkan PERKASA dari terus merobek perpaduan yang telah sedia ada ini.

Dewan Pemuda PAS P.Pinang juga mengambil peluang ini untuk menasihati PERKASA supaya menggunakan pertimbangan akal yang waras bagi mencerminkan jatidiri & akhlak Melayu Islam yang baik dalam tindakan-tanduk mereka selepas ini. Jika tidak, PERKASA pula yang akan ‘dikebumikan’ oleh rakyat!!!

AFNAN HAMIMI BIN TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha Dewan Pemuda PAS P.Pinang

———————————————————————————————————————–

Posted on May 11, 2012, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: