Salleh Man jadi YDP MAIPP, Umno gigit jari

PULAU PINANG: Kini isu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sudah selesai sekaligus membuatkan Umno terpaksa ‘gigit jari’ kerana tidak lagi berpeluang memainkan isu tersebut menjelang pilihanraya umum nanti kata, Setiausaha PAS Negeri, Mohd Nor Harun.

Baginya, perkenan Yang Dipertuan Agung terhadap nama Datuk Saleh Man (gambar) telah diduga walaupun sebelum ini timbul berbagai persoalan terhadap jawatan berkenaan setelah tamat tempuh YDP lama, Ustaz Elias Zakaria.

“PAS Pulau Pinang ucap tahniah terhadap perkenan Yang Dipertuan Agung dan berharap isu yang dimainkan oleh Umno kononya PAS diperkotak katikkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat nyata gagal, ” tegasnya ketika dihubungi.


Menurut beliau lagi, perlantikan tersebut merupakan ‘janji ditepati’ Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang mewakili PAS dilantik mengisi kekosongan YDP MAIPP.

Menurut Mohd Nor, beliau dan barisan kepimpinan PAS Negeri Pulau Pinang akan berdiri teguh di belakang Datuk Saleh disamping membantu beliau merencanakan atau meringgankan tanggungjawab yang semakin besar di sandangnya sejak diberikan kepercayaan menang pilihanraya kecil Permatang Pasir menggantikan Allayarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

Walaupun penuh dengan dugaan sebelum mendapat mandat sebagai YDP MAIPP namun beliau tidak pernah resah sebaliknya melaksanakana tugasan sebagai Timbalan YDP MAIPP dengan penuh tanggungjawab.

“Sepanjang tugasanya sebagai Timbalan YDP MAIPP kami nampak ada peningkatan. Di mana banyak program yang dirasmikan nampak tersusun serta mempunyai gaya pengucapan yang bernas, ” tambahnya.

Pengumuman perlantikan baru itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman di aras 52 Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) baru-baru ini mengantikan Abdul Malik Kassim yang melepaskan jawatan ekoran kesilapan teknik.

sumber : http://harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12072-saleh-man-jadi-ydp-maipp-umno-gigit-jari

 

 

 

Posted on July 30, 2012, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: