Jerebu di Pulau Pinang akibat pembakaran terbuka

GEORGETOWN: Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak semalam dan bertambah buruk hari ini, adalah berpunca dari aktiviti pembakaran terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, berkata Pulau Pinang dilanda jerebu tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 69 hingga 84 hari ini.

Katanya, bacaan IPU di kawasan Seberang Jaya mencatat 83 pada 7 pagi dan meningkat kepada 84 pada 11 pagi dengan jarak ketampakan dua kilometer.

 “IPU di Perai pula mencatatkan bacaan 68 pada 7 pagi dan 72 pada 11 pagi, di USM, 69 pada 7 pagi dan 72 pada 11 pagi, masing-masing merekodkan jarak ketampakan lima dan empat kilometer,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kerajaan negeri dan pihak Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang sudah mengadakan perbincangan semalam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan pembakaran terbuka.

Phee berkata, pihaknya juga melakukan pemantauan dengan memastikan tiada pihak melakukan pembakaran terbuka dan kilang industri tidak mengeluarkan asap berlebihan.

“Keadaan jerebu ini diburukkan lagi dengan cuaca panas dan tidak hujan sejak beberapa hari lepas, tetapi saya percaya masalah ini (jerebu) hanya sementara waktu dan akan kembali pulih dalam tempoh terdekat,” katanya.
Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 (berbahaya). – BERNAMA

 

 

 

Posted on July 31, 2012, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Jerebu telah melandai negara yang kita cintai lebih 10 tahun dahulu. Mengapakah saya masih tidak pernah nampak rakyat kita atau NGO mengadakan demonstrasi membantah kerajaan tidak berupaya mengatasi masalah jerebu sehingga hari ini ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: