Cerita Sebenar Masalah Air di Pasir Mas

sumber : msomelayu.blogspot.com

Selepas saya posting catatan mengenai masalah air bertajuk; Basuh kencing dengan angin, yang berlaku di beberapa jajahan termasuk Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang pagi tadi, saya menerima beberapa sms dan persnol masej (PM) dari penjengok blog MT dan rakan Fb yang mengakui akan masalah itu.

Walaupun setengahnya berada di Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Baharu tetapi mereka mengetahui masalah yang menimpa beberapa kawasan di jajahan berkenaan yang tiada bekalan air. Mungkin mereka mendapat info dari keluarga masing-masing. Mereka meminta saya supaya membuat tinjauan sedikit dan menyiasat apakah masalah sebenarnya.

Kerana respon kepada maklumat itu, lepas Jumaat tadi saya bergegas ke loji penapisan air milik syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di kampung Kelar Pasir Mas. Saya ingin melihat sendiri apa masalah yang berlaku dan tidak suka mendengar maklumat liar dan tidak beretika.

Berbagai andaian timbul ekoran masalah itu. Ada maklumat mengatakan paip besar yang menyalur air ke tangki-tangki di daerah berkenaan pecah. Ada juga yang mengatakan tindakan sebotaj oleh pihak tertentu, dan ada juga yang tuduh masalah itu disebabkan kelembaban pihak AKSB sendiri. Satu lagi tuduhan kononnya pam air di loji di kampung Kelar itu mengalami kerosakan mengejkut.

Kebetulan dalam saya bersiap untuk ke loji itu aktivis masyarakat terkenal di Rantau Panjang sdr Rushdan Mustapa menelefon saya, dia juga mempunyai agenda yang sama. Beliau mahu melihat dan mendapat maklumat sendiri mengenai masalah itu. Dia datang mengambil saya di hotel, kami pergi bersama.

Apabila melihat sendiri keadaan di loji itu baru tahu apa masalah sebenarnya. Dakwaan mengatakan pam air break down tidak benar sama sekali. Begitu juga tuduhan mengatakan paip besar pecah di Lemal juga tidak tepat. Apa yang sebenarnya berlaku pam air loji berkenan tidak dapat bekerja seoptimanya disebabkan paras air sungai Kelantan yang menjadi sumber utama  untuk ditapis, cetek atau pun tohor.

Bila air sungai Kelantan cetek menyebabkan pam tidak dapat untuk menarik air bagi dihantar ke loji penapisan. Loji itu mempunyai empat buah pam yang biasanya berjalan serentak yang boleh menjana 60 juta liter air sehari. Namun disebabkan kekurangan air, hanya dua sahaja yang berjalan sementara yang dua lagi diletakkan dalam keadaan stand-by. Natijahnya hanya separuh dari kapasiti air yang dapat dijana, kira-kira 30 juta liter.

Difahamkan pam itu tidak boleh dijalankan serentak kerana apabila air tidak mencukupi menyebabkan ia akan menghadapi masalah dan semuanya akan mati. Bagi mengelakkan kesemua pam berhenti maka ‘catuan’ penggiliran pam dikawal.

Dalam pada itu dengan keadaan air terhad itu maka timbullah masalah kekurangan bekalan atau sesetengahnya terputus terus. Apa lgi air yang dijanakan itu diberi perioriti dihantar ke tempat-tempat atau kawasan kritikal di bandar Pasir Mas untuk kegunaan hospital, pejabat kerajaan dan masjid dan sebagainya.

Semasa saya bersama Rushdan tiba di loji berkenana dua buah tanker – lori penghnatar air milik AKSB sedang memuatkan air untuk dihantar ke hospital dan beberapa kawasan yang kritikal di sekitar Pasir Mas. Saya tidak dapat membayangkan macam mana air dapat dicatu kalau hanya dua buah tanker sahaja yang ada? Katanya AKSB memperuntukan satu tanker saja untuk satu daerah. Ternyata dengan dua buah saja ia tidak mencukupi, elok kalau diadakan punggutan derma untuk membeli dua tiga buah tanker lagi?

Sebelum itu saya juga singgah di loji milik Kada yang menjana air untuk kawasan pertanian yang terletak berhampiran loji milik AKSB itu. Loji itu juga menghadapi masalah sama tidak dapat menyedup air kerana sungai Kelantan kering. Dari empat buah pam yang ada hanya dua buah sahaja yang berjalan.

Dalam perkembangan lain pihak AKSB telah bertindak segera mengatasi masalah berkenaan. Dua buah telaga tiub telah digali untuk membekal air tambahan di loji penapis. Sebuah sudah pun hampir siap dan akan mulai operasi dalam tempoh terdekat. Telaga tiub itu adalah plan alternatif bagi menghadapi masalah kekurangan air seperti berlaku hari ini. Walaupun ia tidak akan dapat mengatasi masalah seluruhnya tetapi sekurang-kurang dapat menampung kekurangan air di loji itu. Jika kedua telaga tiub ini berfungsi ia dapat membekalkan 3 hingga 6 juta liter air.

Dalam hal ini kurang tepat kalau ada pihak tertentu menyalahkan AKSB kerana masalah dihadapi bukan disengaja tetapi kerana fenomena semula jadi yang tidak dapat ditentukan. Soal kemarau atau banjir tidak dapat diatasi kerana ia adalah putaran alam dan diluar daya fikir manusia.

Pun begitu pihak AKSB seharusnya lebih peka mengenai perkara ini. Sewajarnya kalau AKSB menyediakan kontijensi plan untuk menghadapi maslaah kemungkinan gangguan air. Misalnya satu mekanisme harus dicari bagaimana memastikan penggunaan tidak mengalami masalah itu berhari-hari. Menyerahkan atau berdalih masalah itu kerana kejadian semula jadi tidak berapa elok juga.

Berhubung masalah yang timbul ekoran gangguan air ini di mana seolah-olah kelam kabut ianuya disebabkan maklumat itu tidak disampaikan kepada rakyat secara bersistemetik. Inilah punca mengapa berbagai tanggapan. Sepatutnya AKSB segera menyampaikan maklumat mengenai masalah yang timbul baru ia tidak salah anggap.

Untuk tujuan ini agensi kerajaan lain seperti Penghulu, Imam, pegawai politik perlu bekerja sama, bertindak segera memberi maklumat kepada rakyat bila berlaku sesuatu masalah. Saya rasa kalau maklumat sebenar diberikan kepada rakyat kekeliruan mengenai masalah seperti ini sehingga ada bersangka buruk tidak akan berlaku. Penyegeraan itu juga akan dapat menjawab propaganda dan menangkis provokasi pihak-pihak yang cemburu dengan kerajaan Kelantan.

Seperkara lagi apa yang saya dapat lihat pihak kerajaan khasnya perlu membuat kajian kenapakah air Kelantan cetek dan menganggu proses pengepaman air ke loji berkenaan. Buat masa ini satu-satu sumber air untuk ditapis dan dirawat di loji berkenaan hanya air sungai Kelantan. Sumber alternatif lain perlu dikaji.

Kalau boleh saya cadangkan, AKSB boleh mendapat sumber baru untuk tujuan itu. Nun di bahagian hulu Rantau Panjang terdapat satu tasik atau empangan Bukit Kwong. Empangan itu digunakan oleh JPS untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian. Memandangkan aktiviti pertanian tidak berapa pesat di Rantau Panjang terutamnya padi, kerana orang Rantau Panjang makan beras Siam, elok kalau sumber air itu dialih kepada air kegunaan manusia.

Seingat saya empangan berkenana tidak pernah kering walaupun kemarau panjang. Kebetulan buat masa ini ada perlombongan besi dan emas di situ, elok kalau suruh syarikat lombong itu turut membantu pembiayaanya? Baru-baru ini Adun Gual Periok Ahmad Awang dilihat ada membuat lawatan ke lombong itu. Beliau sepatutnya tidak saja melihat sinar bijih dan emas tetapi sepatutnya turut tersilau sama ke dalam empangan berkenaan dan berfikir macam mana airnya boleh digunakan untuk manusia. Wakil rakyat jangan saja janggut dan misai saja panjang tetapi akal juga perlu panjang atau sekurang-kurang sama panjang!

Seperkara lagi yang saya dapat kesan kenapa air sungai Kelantan menjadi cetek menyebabkan sukar untuk dipam kerana aktiviti pengalian dan pengepam pasir yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di sekitar tebing malah ke dalam sungai. Aktiviti pengepam pasir ini membantu memberi beban kepada loji penapisan air.

Gara-gara aktiviti pengepaman pasir ini menyebabkan sungai Kelantan menjadi dalam di bahagian tengah dan cetek kawasan permukaan loji. Ini hanya agakan. Kajian dan analisa mendalam perlu dibuat apakah anggapan ini benar. Sekiranya ia memberi kesan ada baiknya kalau aktiviti itu dipindahkan ke kawasan lain atau dibatalkan terus.

Dalam hal ini pihak berkuasa atau kerajaan perlu melihat keutamaan orang ramai terlebih dahulu daripada melihat kepentingan beberapa kerat pedagang pasir itu. Iya pasir juga perlu tetapi dalam konteks dan keperluannya air lebih mustahak kerana ia melibatkan ratusan ribu jiwa. Perlu diingat loji air di Kampung Kelar yang berkapasiti 60 juta liter sehari itu diguna untuk dua daerah Pasir Mas dan Tumpat. [r.pjng 5:46 pm 03/08/12]

Posted on August 5, 2012, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: