Website JPN dedah warga asing dengan MyKad palsu boleh mengundi
LIHAT keratan akhbar di bawah ini baik-baik. Ia merupakan keratan akhbar Harian Ekspress (Daily Express) bertarikh hari Selasa, 21 September 2011.
Hasil carian melalui Google di internet, keratan akhbar ini berjaya dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui link berikut. Difahamkan keratan akhbar ini untuk rujukan pihak JPN berhubung isu kad pengenalan.
http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/keratanakhbar/sabah21092010.pdf
Ini bermakna keratan akhbar ini adalah keratan yang sah. Ia melaporkan satu perbicaraan mahkamah di Kota Kinabalu di mana seorang lelaki rakyat Filipina dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menggunakan MyKad palsu.
“Salleh Samsul dari Kampung Likas di sini, mengaku bersalah di hadapan majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen yang memegang nombor bersiri 670110-12-5035 di bawah namanya sendiri” lapor keratan akhbar itu.
Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan bahawa kad pengenalan ataupun MyKad yang dipegang oleh Salleh Samsul itu adalah palsu.
Apa yang menghairankan, semakan di laman rasmi rasmi Suruhanjaya Pilihanraya mendapati nombor MyKad palsu ini sah sebagai salah seorang pengundi atau dengan kata lainnya pemegang MyKad palsu ini boleh mengundi dalam pilihanraya.
sumber : milosuam.blogspot.com
Posted on October 2, 2012, in Uncategorized and tagged pati dapat ic, pengundi hantu. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0