Ali Rustam mungkin digelar ‘Jayalalithaa Malaysia’

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin akan digelar Jayalalithaa Malaysia kerana kenduri kahwin anaknya yang serba hebat dan mewah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu.

“Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang,” katanya.

Mohd Ali pula kini menjadi tumpuan kritikan umum apabila kenduri kahwin anaknya, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali dilapor melibatkan 130,000 jemputan.

Jumlah kehadiran dalam kenduri tersebut direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai jumlah tetamu paling ramai untuk majlis perkahwinan.

“Samalah seperti majlis kahwin anak angkat Jayalalithaa yang diiktiraf oleh Guinness World Records ketika itu sebagai jumlah jemputan paling ramai untuk majlis perkahwinan dan juga jamuan terbesar sempena majlis perkahwinan,” kata Mohamad.

Jayalalithaa Jayaram mula menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1991. Pada tahun 1996 beliau tersingkir dari jawatannya apabila parti pimpinannya memenangi hanya empat dari 168 yang ditandingi.

Kekalahan itu dikaitkan dengan tuduhan rasuah ke atasnya dan juga kritikan meluas terhadap majlis perkahwinan serba mewah anak angkatnya, V Sudhakaran.

Jayalalithaa bagaimanapun terus Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1992 dan 2011.

Dengan sinis, Mohamad bertanya adakah setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan tidak mengingatkan Ketua Menteri Melaka itu tentang kisah Jayalalithaa.

Dalam kenyataannya kepada The Star Onlin, Mahadevan menyatakan, 500 orang “sukarelawan” yang bertugas di majlis tersebut “tidak dibayar satu sen sekalipun”.

Kenyataan Mahadevan itu selaras dengan pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat tentang penglibatan jabatan dan agensi kerajaan dalam mengendalikan majlis perkahwinan anak sulung Mohd Ali pada 30 September itu.
sumber : Harakahdaily

Posted on October 5, 2012, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: