Nuklear: Pulau Pinang tidak izin demi kesihatan

KUALA LUMPUR: Demi kesihatan dan melindungi alam sekitar, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memutuskan untuk mengharamkan dan tidak membenarkan apa-apa pembinaan loji reaktor nuklear di Pulau Pinang.

Demikian ditegaskan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, adalah diharapkan kerajaan persekutuan BN boleh ketepikan kepentingan politik dan berdiri bersama rakyat Malaysia demi kurangkan risiko ancaman alam sekitar dengan menolak kilang nadir bumi Lynas di Kuantan dan cadangan membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor.

Berikut kenyataan penuh beliau.

DAP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umah Islam dan mengirimkan harapan keamanan, kemakmuran, keadilan dan kebebasan dalam keadaan yang adil dan saksama.

Konsep pengorbanan dalam Islam amatlah dikagumi, termasuk mesra dengan alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan.

Demi memastikan tidak berlakunya pencemaran alam sekitar, maka DAP ingin mencadangkan projek-projek pembangunan yang mencemarkan alam sekitar seperti kilang nadir bumi Lynas di Kuantan ditutup, menolak atau membatalkan cadangan kerajaan persekutuan BN membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor.

Keresahan penduduk di Pengerang, Johor tentang pencemaran alam sekitar harus diberikan perhatian kerana RAPID juga membabitkan suatu kilang gergasi petro-kimi Taiwan.

Sememangnya kilang nadir bumi Lynas harus ditutup kerana tidak ada jaminan sisa toksid radioaktif boleh diuruskan atau dibuang dengan selamat di luar Malaysia. Pengalaman pahit di Bukit Merah, Perak yang menghancurkan kehidupan penduduk memang tidak akan dilupakan.

Manakala tidak ada sebab kerajaan persekutuan BN masih mahu meneruskan projek loji reaktor nuklear selepas tragedi gempa bumi dan tsunami di Fukshima, Jepun.

Semasa kebanyakan negara di dunia, termasuk Jerman, menamatkan program loji reaktor nuklear, keazaman kerajaan BN meneruskan loji reaktor nuklear sungguh tidak masuk akal dan tidak waras.

Mengikut jawapan Parlimen, 7 tapak telah dikaji untuk menempatkan 2 buah loji reaktor nuklear ini. Macam mana loji reaktor nuklear boleh dikendalikan dengan baik bila rumah kediaman para angkatan tentera bernilai RM3.2 bilion pun tak dibina dengan elok dan bumbung Stadium di Kuala Terengganu pun boleh tumbang?

Demi kesihatan dan melindungi alam sekitar, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah memutuskan untuk mengharamkan dan tidak membenarkan apa-apa pembinaan loji reaktor nuklear di Pulau Pinang.

Adalah diharapkan kerajaan persekutuan BN boleh ketepikan kepentingan politik dan berdiri bersama rakyat Malaysia demi kurangkan risiko ancaman alam sekitar dengan menolak kilang nadir bumi Lynas di Kuantan dan cadangan membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor.

LIM GUAN ENG

sumber : harakahdaily

Posted on October 27, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: