KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS P.PINANG BERKAITAN ISU ‘KONSERT ARAK’ DI PANTAI BATU FERINGGHI.

sumber : Sinar Harian

Dewan Pemuda PAS P.Pinang membantah sekeras-kerasnya penganjuran ‘Konsert Arak’ di pantai Batu Feringghi seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 10 Nov 2012 yang lalu.

DPPN P.Pinang juga difahamkan bahawa ‘Konsert Arak’ tersebut diberi lesen sementara oleh pihak Majlis Perbandaran P.Pinang (MPPP) seperti yang disebutkan oleh Ahli MPPP Ong Ah Teong dalam Sinar Harian 11 Nov 2012.

Penganjuran ‘Konsert Arak’ di tempat awam ini jelas mengganggu sensitiviti umat Islam & masyarakat setempat apatah lagi difahamkan khemah konsert tersebut dibina berhampiran dengan masjid berdekatan. Walaupun ianya dikatakan konsert tertutup, tetapi bunyi bising dari konsert berkenaan mengganggu penduduk sekitar yg majoritinya terdiri dari umat Islam terutamanya yang sedang beribadat di dalam masjid. Ini jelas melibatkan sensitiviti agama yang harus dihormati semua pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert arak ini.


Perlu difahami bahawa lesen arak dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan yg ketika ini diperintah Barisan Nasional. DPPN P.Pinang menegaskan supaya kelulusan lesen arak ini & peraturannya yang berkaitan dikaji semula jika ia mengganggu & tidak menghormati sensitiviti umat Islam. Kajian juga harus dibuat supaya pengeluaran arak cukup sekadar memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam sahaja, tidak melibatkan orang Islam.

Tidak dinafikan bahawa sesebuah Kerajaan Islam tidak boleh menafikan hak orang bukan Islam utk minum arak. Syeikhul Islam Ibnul Qayyim Aljauziyah menyebutkan bahawa arak & babi disifatkan sebagai harta yang bernilai kpd orang bukan Islam. Menurutnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah atas dasar Islam utk membayar ganti rugi & pampasan jika arak & babi yg dimiliki oleh bukan Islam tadi menghadapi kerugian disebabkan bencana alam, kerana disisi Islam ianya disifatkan sebagai harta yang bernilai kepada orang bukan Islam.

Ini jelas menunjukkan bahawa hak bukan Islam tidak dinafikan dalam bab arak. Cuma sensitiviti Islam itu perlu dihormati seperti mana Islam mengajar umatnya supaya menghormati hak & sensitiviti agama lain. Inilah yang menjadi dasar PAS yang diperjuangkan selama ini.

DPPN P.Pinang berpandangan adalah sesuatu yang lebih manis jika semua yang terlibat & berkepentingan dalam perkara ini termasuk kerajaan negeri, MPPP, penganjur mahupun kerajaan persekutuan supaya dapat berbincang terlebih dahulu sebelum sesuatu aktiviti sebegini dapat dijalankan pada masa akan datang lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan sensiviti umat Islam.

Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamudden
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang

Posted on November 18, 2012, in kenyataan media and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: