400 pelajar Dun Permatang Pasir terima bantuan beg

PERMATANG PAUH: Seramai 400 pelajar sekolah rendah sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Permatang Pauh dihadiahkan beg sekolah menjelang tahun baru 2013 yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Beg berkenaan disampaikan oleh Adun Permatang Pasir, Datuk Saleh Man dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang berharap pemberian itu akan menceriakan pelajar apabila menempuh sesi persekolahan 2013 nanti.

“Saya dan ZPP berharap pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan anggaplah pemberian itu menyuntik semangat baru di kalangan pelajar di samping meringankan tanggungan ibu bapa di penghujung tahun,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis penyampaian yang diadakan di halaman Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir semalam.
Seorang pelajar dari Sekolah Rendah Permatang Pauh, Nur Hasinah Salrizal, 11 menyifatkan pemberian beg sekolah sebagai penyuntik semangat untuk terus berusaha pada masa depan. Imran Rozali, 7, pula berkata, mudah-mudahan pemberian beg dan peralatan sekolah seperti kasut dan stokin bernilai RM120 itu menyemai keberaniannya untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh mencapai matlamat menjadi orang berguna,” ujarnya yang bakal memasuki Sekolah RKebangsaan Bukit Indera Muda. Mohd Faiz Hisyam, 11, pula gembira dengan sumbangan yang diberikan dan berterima kasih kepada semua yang terlibat.

sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15461-400-pelajar-dun-permatang-pasir-terima-bantuan-beg

Posted on December 24, 2012, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: