PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar

KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.

Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini.  Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

“Kita ada saluran kita sendiri,” katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali ‘siapa’ Hafiz.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS.

sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15545-pas-ppinang-nafi-terlibat-demo-berhampiran-komtar

Posted on December 29, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: