Penduduk Kg Batu Uban dicadang mohon injunksi

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Batu Uban, Pulau Pinang hari ini menuntut Kerajaan Pusat mewartakan kampung itu sebagai kampung warisan.

Langkah tersebut dilihat perlu bagi mengelakkan sebarang pengambilan tanah secara berleluasa dilakukan, lebih-lebih lagi ke atas tanah milik orang Melayu.

Wakil penduduk kampung berkenaan, Iszuree Ibrahim, berkata kampung yang berusia lebih 375 tahun itu berada dalam keadaan ‘tidak menentu’ apabila terdapat pihak pemaju yang menunjukkan minat terhadap kampung berkenaan.

Beliau yang juga ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang, berkata jika kerajaan mewartakan kampung tersebut sebagai perkampungan tradisi atau warisan, tidak ada pihak yang boleh mencerobohi tanah tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan memorandum ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam), hari ini.

Iszuree mendesak Suhakam campur tangan dalam hal ini bagi memastikan kampung tersebut diwartakan sebagai kampung warisan, yang merupakan penempatan Melayu terawal di Pulau Pinang.

“Kami pernah menghantar surat kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) berhubung perkara ini.


“Kita juga pernah mengadakan pertemuan dengan timbalan ketua menteri, dan bersetuju dengan tindakan kami mempertahankan kedudukan kampung tersebut,” tegas beliau.

Mohon Injunksi

Dalam pada itu, Suhakam dalam responsnya meminta penduduk kampung memohon injuksi bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan dilakukan pihak pemaju.

Pesuruhjaya Suhakam, James Nagayan berkata pihaknya akan meneliti kes tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

Bagaimanapun, beliau menunjukkan keprihatinan dengan keadaan kampung yang bersejarah tersebut dan meminta wakil penduduk bertindak segera mengemukakan injuksi ke mahkamah.

Difahamkan, terdapat segelintir penduduk kampung berkenaan bersetuju untuk menjual tanah mereka kepada pihak pemaju, Era Kemas dengan dijanjikan sedikit ‘habuan’.

Manakala, sebahagian lagi penduduk menentang hasrat tersebut dan bertindak mempertahankan kampung tersebut.

Selain Kampung Batu Uban, Kampung Tanjung Tokong turut menghadapi kemelut yang sama apabila UDA Holdings turut berhasrat membangunkan semula tanah tersebut.

Bagaimanapun, penduduk di kedua-dua kampung berkenaan tidak bersetuju dan mendesak agar kerajaan segera mewartakan perkampungan melayu itu sebagai kampung warisan.

Posted on December 29, 2012, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: