Demo Penduduk Batu Uban membantah tindakan Pemaju Era Kemas Sdn mengambil tindakan makamah meroboh 20 rumah penduduk

Demo Batu Uban

Batu Uban – 6 Jan 2013, YB Raventharan (Adun Batu Uban),En Iszuree Ibrahim (Pengerusi Lajnah Tanah Pas Negeri Pulau Pinang),En Saiful (AJK Lajnah Tanah Pas Pusat), Ustaz Afnan Hamimi (Setiausaha Pemuda Pas Pulau Pinang) serta sejumlah 80 Penduduk Batu Uban mengadakan Demonstrasi Aman kerana kecewa dengan tindakan Pemaju Umno iaitu Era Kemas Sdn Bhd yang dikuasai oleh Naib Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugur sanggup mengusir orang melayu yang kebanyakan ahli umno dan beberapa ahli PAS tanpa mengambil endah rundingan sedang ditangani oleh Kerajaan Negeri dibawah perhatian YB Dato Mansor Osman Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sejak bulan Oktober 2012 dalam usaha mendapatkan tempat penempatan rumah transit kepada 20 penduduk yang dijanjikan sendiri oleh pemaju Era Kemas (rujuk surat dari Era Kemas).

Isu ini hanya dirujuk kepada saya pada bulan Jun 2012 setelah penduduk diarahkan pemaju untuk tandatangan surat “setuju pindah dan roboh rumah” masing masing yang menyebabkan penduduk rasa cemas.

Saya selaku setiausaha JKKK Kpg Batu Uban merangkap Ahli Majlis MPPP sebenarnya telah lama mengikuti perkembangan isu ini sejak 2009 tetapi penduduk ketika tidak merujuk kepada JKKK dan Ahli Majlis langsung dan lebih mengharapkan pemimpin umno untuk tangani masalah mereka sehinggalah pemimpin cawangan umno ini lepas tangan menyebabkan mereka merujuk masalah mereka kepada saya selaku Ahli Majlis MPPP.Tambahan pemaju ketika itu cuba mempengaruhi penduduk untuk menandatangani surat janji pindah dengan menpergunakan nama saya selaku Ahli Majlis dengan mengatakan “PLAN PEMBANGUNAN PROJEK MEREKA TELAH DILULUSKAN MPPP” , Apa yang dikatakan pemaju pula dalam satu dialog bersama penduduk – jika mereka tidak percaya pergi tanya Iszuree sebagai Ahli Majlis.

Sebenarnya sehingga kini MPPP belum pernah meluluskan plan permohonan pembangunan di Kpg Batu Uban melalui Pemaju LENGKAP IMPRESIF yang merupakan pemaju sebenar.Era Kemas hanyalah sebuah syarikat broker tanah yg berfungsi untuk menghalau penduduk Melayu dan membersih tapak serta memagar tapak tanah ini.

Akibat tindakan pemaju itu menyebabkan saya menanjurkan satu sesi dailog dan penerangan kepada 48 penduduk yang terlibat dengan menjemput Tuan Hj Roslan Ramly iaitu Pemangku Pengarah Jabatan Perancangan MPPP pada bulan July 2012 dalam memberi penerangan kepada penduduk yg bahawasanya PROJEK ITU MASIH BELUM DILULUSKAN OLEH MPPP.

Walaupun tawaran pada mulanya dijanjikan 700-750kp sebuah rumah flat sebagai gantian tetapi jika dirujuk kepada surat tawaran ,tawaran itu kemudian bertukar kepada 650kp setelah 26 penduduk sebahagian dari 48 penduduk yang terlibat menerima tawaran awal pemaju.Inilah penipuan yang diambil kesempatan oleh pemaju ini keatas orang Melayu.

Setelah campurtangan Saya selaku Ahli Majlis ,kerajaan negeri dan adun kawasan barulah Era Kemas bersetuju dengan tawaran 750kp pada bulan Sept 2013 dan penduduk SETUJU DENGAN SEMUA TAWARAN dan bersedia menandatangani surat tawaran tetapi tetap mahu pemaju menunaikan janji iaitu menyediakan rumah transit yang akan diduduki selama 3 tahun.

Asas alasan penduduk yang memerlukan rumah transit walaupun pemaju menawarkan kewangan bulanan untuk menampung sewa rumah dengan kadar RM800 tetapi adalah sukar kini untuk mendapat rumah sewa sekitar kpg batu Uban yang berharga bawah RM800 disebabkan ramai pekerja asing dan pelajar USM telah menyewa rumah flat sekitar Kpg Batu Uban dengan harga lebih rendah.Kebanyakan anak mereka bersekolah disekitar berhampiran malah ada diantara mereka nelayan yang mempunyai kemudahan di pusat nelayan Batu Uban.

Namun pemaju telah mencabuli persetujuan menyediakan rumah transit yang telah pun membina sebanyak 3 buah rumah tetapi keadaan rumah itu mendukacitakan seperti rumah kongsi buruh kontrak , ini mengakibatkan penduduk membantah ketidak sesuaian rumah itu dan mohon dibaiki struktur dengan keadaan lebih sempurna dan bersedia berpindah ke rumah itu setelah dibaiki.

Akibat desakan ini pemaju (sepatutnya membina 20 buah rumah transit) yang secara tidak ikhlas untuk menyediakan kemudahan itu lalu telah membatalkan hasrat ini dan menghantar notis ke makamah pada 17 ogos 2012 iaitu 2 hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri lalu dan notis berakhir 14 hari pada 31 Ogos 2012 iaitu hari Kemerdekaan Malaysia.

Setelah itu rundingan dibawa ke Komtar (Setelah Ketua menteri dan TKM1 turun padang melawat ke Kampung batu Uban pada 3 Syawal 1433 iaitu Hari Raya ke 3) antara Pemaju, YB Raveentharan Adun Batu Uban dan Dato Mansor Osman (TKM1) dan dicadangkan oleh TKM 1 untuk mencari alternatif dengan memohon Exco Perumahan mencari Flat perumahan disekitar Sungai Ara untuk menempatkan mereka.

Beberapa rundingan cuba diteruskan sehingga awal Nov 2012 tetapi gagal dihadiri oleh pemaju yang diaturkan oleh pejabat TKM1 sehinggalah Notis hadir ke makamah seksyen pada 19,20 ,26 dan 27 November 2012 yang menyebut 19 penduduk perlu hadir ke makamah.

Penduduk hadir ke makamah pada hari hari tersebut dengan bantuan Pegawai Undang undang En Ezad dari pejabat TKM1 yang hadir pada 19 Nov sahaja dan hari hari yang lain tanpa pegawai undang undang maka penduduk tidak diwakili peguam pada ketika itu dan hanya berbicara memberi keterangan dengan pendaftar makamah (diluar makamah) tetapi terus mereka dituduh engkar tanpa pun dibicarakan didalam makamah pada sesi tersebut walaupun pendaftar makamah ada meminta penduduk mendapatkan khidmat peguam untuk pembelaan pada hari pembicaraan nanti.

Pada 3 Jan 2013 penduduk digemparkan dengan surat Perintah makamah mengatakan 19 penduduk engkar kerana TIDAK HADIR KE MAKAMAH (sedangkan mereka hadir ke makamah) dan diberi masa 7 hari untuk mengosongkan rumah mereka untuk diroboh iaitu sehingga 10 Jan 2013…

Inilah KEKEJAMAN PEMAJU ERA KEMAS yang cuba dengan kejam MENIPU ORANG MELAYU SENDIRI tanpa mereka diberi peluang pembelaan oleh peguam mereka dan dalam tempoh rundingan masih belum habis selesai ditangani oleh Kerajaan Negeri.

PENDUDUK KAMPUNG AKAN TERUS CEKAL UNTUK MENUNTUT HAK MEREKA DAN JANJI YANG TIDAK DITEPATI OLEH PEMAJU UMNO INI YANG SANGGUP MENGHALAU BANGSANYA SENDIRI SECARA KEJAM DAN TIDAK PERIKEMANUSIAAN.PENDUDUK AKAN TERUS MENGADAKAN DEMO BANTAHAN SEHINGGA MASALAH MEREKA DISELESAIKAN SEHINGGA TUNTUTAN MEREKA DIPENUHI…

Posted Yesterday by Ahli Majlis

Posted on January 9, 2013, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: