Datum Jelatek: S’gor ambil kira kepentingan penduduk

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan bahawa projek Projek Datum Jelatek di Taman Keramat, Kuala Lumpur meminggirkan masyarakat setempat seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, beliau memberi jaminan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengambil kira semua faktor termasuk menimbang permohonan yang dikemukakan masyarakat sekitar.

Katanya, beliau telah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu dengan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar semalam.

“Beliau memberikan maklumat-maklumat terperinci kepada kita.

“Kita juga akan meneruskan projek itu disamping mengambil kira permintaan dan beberapa faktor kemiskinan masyarakat setempat,” katanya pada sidang media semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas memorandum yang diserahkan Badan Bertindak Datum Jelatek kelmarin yang membantah projek itu kerana didakwa meminggirkan masyarakat setempat.

Wakil penduduk Taman Keramat itu turut disertai beberapa badan bukan kerajaan seperti Waris Malaya, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Mengulas lanjut, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menegaskan tanah projek projek itu bukan Tanah Rizab Melayu sebaliknya milik penuh kerajaan negeri.

“Ini bukan kawasan Rizab Melayu, kita sudah diberitahu oleh PKNS, ianya milik kerajaan negeri dan kita juga meminta PKNS supaya membina rumah-rumah itu dan 70 peratus akan dijual kepada masyarakat Melayu,” katanya.

Beliau berkata, penduduk Melayu yang menjual unit pangsapuri mereka kepada PKNS untuk projek itu menerima keuntungan berlipat kali ganda apabila dibayar RM 300,000. Sebaliknya harga asal pangsapuri kos rendah mereka hanya sekitar RM 20,000.

Posted on March 21, 2013, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: