Ustaz Azhar Idrus Duta Pemuda PAS Untuk PRU

sumber : Harakahdaily

KUALA TERENGGANU: Pemuda PAS Terengganu telah melantik Ustaz Azhar Idrus sebagai duta mereka dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Menurut laman Buletinonline, Ustaz Azhar (akan) menjadi ‘Duta’ Pemuda PAS di sepanjang (kempen) PRU-13,”beritahu ketuanya, Ustaz Mohamad Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi DUN Bukit Payong.

Dalam pilihanraya ini, naib ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah akan bertanding di peringkat parlimen.

Ustaz Mohd Nor Hamzah  sendiri dijangka akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Payong.

Timbalan ketua Ustaz Ridzuan Hashim pula, InsyaAllah akan meneruskan perjuangannya di DUN Teluk Pasu yang ditandingi beliau sebelum ini.

Beliau memberitahu perkara ini ketika ditemui Buletinonline selepas program ‘Gatih Bersama Ustaz Azhar Idrus’ di sini semalam, Jumaat 5 April.

Sehubungan itu, beliau berkata, DPPNT akan berusaha keras bagi memastikan calon-calon di kalangan pemuda yang diberi amanah untuk bertanding dalam PRU-13, memperolehi kejayaan dan menang.

Oleh itu, menurutnya, DPPNT akan akan melancarkan secara rasmi tawaran ‘Anak Muda Berkebajikan’ ke Wisma Darul Iman dan Putrajaya dalam masa terdekat.

“kita akan lancarkan (manifesto) tawaran anak muda berkebajikan ke wisma (Darul Iman) dan Putrajaya, dan kita mahu anak-anak muda tahu dan merasai, sesungguhnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat, (di) Terengganu dan Pusat, ambil cakna kebajikan dan agenda kehidupan mereka,”tambahnya

sumber : Harakahdaily

Posted on April 7, 2013, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: