PAS kecam letupan di ceramah BN

KUALA LUMPUR: PAS mengecam sekeras-kerasnya perbuatan khianat serta provokasi murahan yang cuba diamalkan oleh pihak tertentu sejak sebelum kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bermula lagi.

Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan, berkata sehingga kini beberapa kes di seluruh negara telah dilaporkan berlaku perbuatan khianat termasuk merosakkan markas pilihan raya PAS, merosakkan bendera, menyerang ceramah Pakatan Rakyat dan sebagainya.

Malam tadi pula katanya, dilaporkan berlaku letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran BN Nibong Tebal, yang menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki.

“Kita bimbang, ada pihak lain yang sengaja membuat provokasi, kemudian cuba memburuk-burukkan Pakatan Rakyat,” tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Menurut Abdul Rahman lagi, jentera Pakatan Rakyat tidak mempunyai banyak masa selain fokus bertemu pengundi bagi menyampaikan maklumat kepada mereka.

Apatah lagi untuk membuat sebarang tindakan provokasi ke atas mana-mana program anjuran parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

Menurutnya, sepanjang kempen ini jentera Pakatan Rakyat khususnya di Nibong Tebal menjalankan kempen secara berhemah, selain mengelakkan sebarang tindakan provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan.

Tambah beliau, rakyat di negara ini juga sudah bijak menilai pihak yang sering menimbulkan provokasi di mana-mana majlis politik tertentu.

Dalam pada itu, Rahman memberikan jaminan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 ini, Malaysia akan kekal aman dan sejahtera dan tidak akan berlaku huru-hara seperti yang dimomokkan pemimpin BN.

“Jaminan kami, Pakatan Rakyat, Insya-Allah Malaysia kan terus aman jika memerintah nanti. Sedangkan kita tewas berkali-kali pun kita masih kekal aman, apatah lagi jika kita menang nanti,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua jentera parti yang bertanding, sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat serta bebas untuk berkempen secara berhemah dalam usaha memikat pengundi.

Pada PRU13 ini, kerusi parlimen P047 Nibong Tebal yang dianggap kerusi panas akan bertembung tiga penjuru membabitkan BN, PKR dan bebas.

PKR mencalonkan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, manakala BN meletakkan Zainal Abidin Osman, sementara bebas diwakili Teng Kok Pheng.

Berhubung insiden letupan malam tadi itu, polis dilaporkan sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.

Posted on April 24, 2013, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: