Letupan di Nibong Tebal : Pemuda PAS Pulau Pinang Desak BN Mohon Maaf

NIBUNG TEBAL: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mendesak pasukan keselamatan menyiasat segera letupan bom di samping menyokong kenyataan agar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang, Teng Chang Yeow memohon maaf segera kerana mengaitkan letupan tersebut dengan Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Ustaz Yusni Mat Piah (gambar) berkata, letupan tersebut walaupun kecil dan hanya mencederakan seorang petugas keselamatan di bahagian kaki namun perlu ditangani segera supaya suasana pilihanraya umum ke 13 tidak terpalit dengan kejadian yang tidak diingini.

“Dewan Pemuda mengutuk tindakan seumpama itu dan berharap pasukan keselamatan mencari punca dan mengheret mana-mana individu yang ingin mengcetuskan kegelisahan rakyat.  Kami juga menyokong saranan Datuk Mahfuz agat Teng Chang Yeow menarik balik pertuduhan kononya Pakatan Rakyat  terlibat, ” terangnya.

Dewan pemuda PAS juga tidak mahu peristiwa berkaitan diimpot masuk ke Malaysia dengan niat menakut-nakutkan rakyat yang sudah mulai berani melakukan perubahan.

Permainan sekarang baru bermula tegasnya, usah timbulkan suasana yang boleh menambah kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.

Adakah peristiwa tersebut sengaja dirancang  untuk menunjukan Pakatan Rakyat berniat jahat pada BN kerana terlalu yakin mencapai kemenangan, kata Ustaz Yusni.

Posted on April 26, 2013, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: