Tahniah PASTI Pulau Pinang : Juara Bola Sepak dan Bola Jaring Peringkat Kebangsaan

ALOR SETAR: Pasti Pulau Pinang menyapu bersih johan acara bola sepak dan bola jaring pada Pesta Sukan Pasti Malaysia yang diadakan di Stadium Suka Menanti, Sultan Abdul Halim, di sini pagi tadi.

Pengurus bola sepak Pasti Pulau Pinang, Mohd Amin Dillak ketika dihubungi berkata, Pulau Pinang mencatat sejarah apabila memenangi kedua-dua acara sukan itu.

Akhirnya kata beliau, segala usaha guru Pasti melatih pelajar di peringkat cawangan dan kawasan yang membawa kepada mewakili negeri berjaya sekaligus memberikan semangat kepada Jawatankuasa yang mengelolakan pasukan di peringkat negeri.

“Sekalung tahniah kepada guru dan pengelola di peringkat negeri yang bertungkus lumus mengajar teknik permainan yang menggayakan serta berjaya menanam semangat yang kental di kalangan pemain,” ujarnya.

Pada Pesta Sukan Pasti ke-9 itu, Pulau Pinang berjaya membenamkan hasrat Kedah dengan jaringan 4-0.

Tempat ketiga dimenangi Kelantan yang mengalahkan Terengganu menerusi sepakan penalti.

Pengurus Bola jaring Pasti Pulau Pinang, Masyitah Saleh ketika dihubungi berasa bangga apabila pasukan bimbanganya berjaya mengalahkan Perak dengan keputusan 9-7.

Tuan rumah, Kedah tidak menghampakan peminat apabila memperolehi tempat ketiga menewaskan Negeri Selangor.

Pesta Sukan Pasti itu dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya sementara acara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

sumber : Harakahdaily

Posted on July 1, 2013, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: