Kisah 2 YB, Ustaz Azizan dan Ustaz Fadhil Nor

Hanya ada 2 Wakil Rakyat Pas pada Pilihanraya Umum 1995.
Hanya 2 Kerusi yang mampu dimenangi oleh Pas Kedah.
Hanya 2 Pemimpin Pas bergelar Yang Berhormat waktu itu.
Hanya 2 sahaja iaitu Kerusi DUN Bukit Raya & DUN Sala. (sekarang Tokai & Sg. Limau)..
Kedua-dua ADUNnya ialah YB Ustaz Hj Fadzil Nor & YB Ustaz Azizan Razak.

Kedua-dua YB ini mengorak langkah, berganding bahu, bergembeling tenaga membangun, memandu & memacu perjalanan PAS Kedah hingga berjaya mengecap kejayaan demi kejayaan. Kedua2 YB ini juga berupaya mematahkan hujah dan mampu menghadapi 34 ADUN BN dalam persidangan DUN Kedah.

Kedua2 mereka adalah pendidik, kedua2nya juga adalah bekas pensyarah.. kedua2nya juga merupakan tokoh agamawan…kedua2nya umpama abang & adik yang saling memerlukan, mempunyai impian dan hasrat yang sama, memimpin jemaah tanpa jemu & tanpa pedulikan penat lelah atau keuzuran.. Hidup Kedua2 mereka hanya sebagai rakyat biasa, tiada rumah besar, tiada kereta besar.. bergaul mesra tanpa pedulikan status dan darjat..

Hari ini kedua2 mereka disemadikan berhampiran, di tanah yang sama, dibumi yang sama.. Bumi yang subur dengan ilmu & pengajian.. bumi muassasah darul ulum pokok sena…
Al-Fatihah untuk kedua2nya… mereka lah pemimpin, mereka lah bapa…
Moga Allah cucuri Rahmat-NYA buat Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak & Allahyarham Dato’ Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor..

-Nukilan Mr. KAP

sumber : FB PAS Titiwangsa

Posted on September 26, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: