PAS Tidak Iktiraf Syiah

raduan ramli

Saya membaca sebuah laporan tulisan Zulkifli Sulong dalam ruangan ‘bahasa’ di portal The Malaysian Insider (TMI). Kekecewaan dan kesesalan saya adalah kerana laporan dengan tajuk “Setiausaha Ulama : PAS Iktiraf Syiah Mazhab dalam Islam” itu telah mencetus kontroversi dan persepsi tidak baik kepada seorang tokoh ulama’ muda PAS yang sedang melonjak naik iaitu Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus. Tajuk demikian juga memberi signal silap kepada pembaca berkenaan pendirian PAS terhadap Syiah. TMI nampaknya terus sengaja menyiarkan berita dan artikel yang menjatuhkan kredibiliti dan wibawa para ulama’ PAS dan PAS itu sendiri.

Berkenaan Syiah, padahal PAS melalui TG Hj. Hadi Awang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Harun Taib dan termasuklah Dr. Khairuddin sendiri telah berkali-kali menyatakan bahawa fahaman Syiah adalah bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah dan sikap melampau mereka boleh membawa kepada kekufuran. Dalam muktamar Dewan Ulamak yang lalu juga telah menerima usul untuk menangani isu Syiah. Ini menunjukkan betapa seriusnya Pas untuk menangani isu ini terutama dikalangan ahli dan pemimpinnya supaya tidak terlibat dengan pengaruh Syiah.

Apa yang dinyatakan oleh Dr. Khairuddin adalah penjelasan secara ilmiah untuk memahamkan masyarakat supaya mempunyai pendirian dan sikap yang betul terhadap Syiah agar tidak merugikan dan memecah belahkan kesatuan umat Islam di Malaysia. Tanpa menafikan adanya fatwa dan ajaran yang batil dalam Syiah dan wujudnya percanggahan antara Sunni dan Syiah, mengkafirkan keseluruhan Syiah adalah tidak tepat apabila mengambil kira wujudnya banyak puak dan fahaman dalam Syiah.

Umpamanya, selain daripada Syiah Zaidiah yang dianggap benar-benar mu’tadil oleh para ulama’, mereka khilaf pula dalam menentukan status puak-puak lain yang pelbagai dalam Syiah. Sebagai contoh, walaupun ada dalam kalangan ulama’ yang berpandangan bahawa Syiah Imamiah Isna ‘Asyar adalah mu’tadil, ada juga yang menyatakan mereka telah terkeluar daripada Islam kerana menokok tambah al-Quran, merendahkan martabat para Rasul, menghina para sahabat Nabi dan mempercayai bahawa imam mereka adalah maksum.

Ketegasan pendirian PAS terhadap Syiah boleh dilihat lagi melalui perlembagaan parti itu yang menolak semua fahaman lain selain Ahli Sunnah wal Jamaah sehinggakan melarang ahli-ahli dan kepimpinannya daripada penganut Syiah. Bahkan PAS pernah memecat ahli-ahlinya yang menganut fahaman Syiah. Selain itu, PAS juga bersetuju agar tindakan diambil ke atas pengamalan dan penyebaran Syiah yang bercanggah dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

Zulkifli Sulong dan TMI tidak sewajarnya bertindak mensensasikan tajuk berita semata-mata kononnya untuk menarik perhatian pembaca sedangkan perbuatan itu lebih terdedah kepada salah faham dan tanggapan negatif pembaca kepada para ulama’ PAS dan PAS itu sendiri, melainkan itulah niat sebenar TMI.

Sewajarnya Zulkifli Sulong dan TMI memohon maaf kepada Dr.Khairuddin di atas kekeliruan tajuk tersebut.

Mohd Raduan Ramli
Pengarah Jabatan Tarbiyah Dan Dakwah DPPN P.Pinang

Posted on October 7, 2013, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: