PAS P Pinang gerak jentera pertahan Sungai Limau

BUKIT MERTAJAM: PAS Pulau Pinang mengarahkan semua jentera pilihan raya turun membantu jentera Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau yang bermula dari hari penamaan calon 23 Oktober ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Saleh Man ketika ditemui di majlis penyembelihan korban Aidil Adha di Kampung Tanah Liat, di sini pagi tadi menegaskan, tidak kira jentera Pemuda ataupun Muslimat perlu digerakkan membantu untuk memastikan kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

“Untuk mencapai kemenangan bukan kerja mudah di PRK Sungai Limau nanti kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk meroboh kubu PAS. Memandangkan ia begitu sengit, semua jentera PAS Pulau Pinang amat diperlukan, tambahan lagi kita berjiran,” jelasnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Bagi menzahirkan hasrat tersebut sambung beliau, PAS negeri akan bermesyuarat dengan jentera pilihan raya PAS negeri terlebih dahulu supaya pembahagian tugasan berjalan dengan lancar.

Jentera PAS Pulau Pinang  ujarnya, bersedia diletakkan di mana sahaja Unit Peti Undi (UPU) yang akan ditentukan kelak.

Jelasnya, kalangan petugas yang bakal dihantar nanti merupakan mereka yang berpengalaman terutamanya dalam beberapa siri PRK yang diadakan di Kedah.

Posted on October 16, 2013, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: